Ingat lagi kes pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ditipu Datuk Hot Perfume sebanyak RM100,000? Harian Metro semalam melaporkan, ahli perniagaan berpangkat Datuk itu tampil menghubungi pasangan pelakon terbabit tiga hari lalu. Menurut Aeril, dia menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada Datuk itu selepas memuat naik status di laman Instagram miliknya. "Dia menghantar mesej bertulis, ‘segala kebenaran akan terjawab tidak lama lagi’. Saya tidak faham dan kurang jelas dengan apa yang dimaksudkannya.
“Saya kemudian membalas mesej itu dan mengajak dia untuk berjumpa, tetapi dia tidak memberikan sebarang maklum balas. Saya berharap dapat berjumpa dengannya bagi menyelesaikan masalah ini," katanya. Tambahnya, bukan niatnya memalukan individu itu, sebaliknya tindakannya itu bertujuan untuk menuntut haknya semula. "Jumlah RM100,000 bukannya sikit. Jadi, saya memang tetap berjuang mendapatkan semula wang saya. Saya ajak berjumpa supaya masalah ini dapat diselesaikan segera. "Saya faham ketika ini dia mungkin ada masalah dan kalau minta sekali gus pun bukannya dia boleh bagi. Dapat separuh dulu pun okey. Saya hanya inginkan wang dan hak saya semula. Saya harap dia pun faham situasi saya," ujatnya. Selain itu, Che Ta turut menjadi mangsa individu sama sehingga kerugian sebanyak RM50,000. Apa masalah Datuk itu sehingga 'lesap' duit artis-artis ni? Semoga mereka dapat selesaikannya dengan cara baik. - CARI
|
9
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
15
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT