Kegemukan atau obesiti ialah satu penyakit kronik yang sedang menular dalam kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. Bersandarkan penemuan saintifik baharu, masalah obesiti ternyata merupakan satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap individu terbabit.
Faisal Md Ali, seorang pemuda berusia 29 tahun yang mempunyai berat badan mencecah 286 kilogram berdepan pelbagai masalah lain termasuk penglihatan, bengkak kaki selain kerap diserang sesak nafas. Memetik laporan Harian Metro, Faisal yang kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, meluahkan rasa malu tapi redha dengan dirinya yang bersaiz badan besar sehingga menjadi tumpuan pelawat lain berikutan ditempatkan di wad kelas ketiga.
“Hanya Allah saja yang tahu betapa saya malu setiap kali menjadi tontonan awam kerana keadaan fizikal saya.” Tambahnya, dia dan keluarganya ada membuat permohonan dipindahkan di wad kelas dua seperti sebelum ini, tetapi gagal kerana kurang kelayakan. Namun menurutnya dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana ia polisi HSNZ yang menempatkan pesakit mengikut syarat tertentu. “Wad kelas dua pula difahamkan mempunyai caj tertentu yang menyebabkan saya dan keluarga tidak mampu membayarnya. “Ibu juga tidak sihat, sakit lutut dan sebagainya, sebab itu saya tidak dijaga ahli keluarga dan hanya mengharapkan jururawat untuk menguruskan setiap hari,” katanya. Menurutnya, dia juga akan menjalani satu pembedahan mengecilkan saluran usus dalam tempoh terdekat. “Dengan pelbagai masalah yang dihadapi akibat obesiti, saya berasa bersemangat untuk cepat sihat, sekali gus tidak menyusahkan orang sekeliling,” katanya.- CARI
|
26
Bagus |
19
Marah |
26
Terkejut |
23
Sedih |
18
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aHoi83 replied at 16-10-2017 12:07 PM
Last2 mengaku dia menyusahkan org lain. So org2 gemok tkyahla nk kuarkan statement korg yg konon tk ...
wanitajelita replied at 16-10-2017 12:20 PM
Tak baik mengata dia..
Mungkin tahap pendidikkan family dia tak mcm orang2 lain utk fikir baik da ...
tobby replied at 16-10-2017 01:45 PM
senang jer nak kurus. tahan la sikit nafsu makan. jgn ikut sgt nafsu melantak.
makan 3 kali sehari. ...
ADVERTISEMENT