Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka ditemui mati di kediaman mereka berserta satu nota wasiat, lapor BH Online.
Kejadian berlaku di Rini Residence, Mutiara Rini, Johor Bahru, pada jam 2.30 petang semalam. Menurut, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, P Pubalan, 53, ditemui mati tergantung, manakala isterinya iaitu P Jeya, 46, ditemui di atas katil berhampiran ruang tamu di tingkat bawah rumah. Sementara itu, dua anak mereka, P Sharveen, 14, dan P Krishna, 9, ditemui dengan kesan jerutan di leher di dalam sebuah bilik lain.
"Polis menerima panggilan dari orang awam pada jam kira-kira 2.30 petang tadi mengenai penemuan empat mayat di sebuah rumah di Mutiara Rini. "Lelaki itu yang bekerja sebagai pemborong minuman keras ditemui bersama satu nota wasiat yang ditinggalkan di atas meja solek," katanya pada sidang media. Tambah Noor Hashim, kejadian disedari rakan suspek yang datang ke rumah untuk menemuinya. "Ketika sampai, lelaki itu menemui sekeping nota pada cermin kereta mengatakan pintu rumah tidak dikunci. Dia masuk ke dalam rumah yang tidak dikunci dan menemui satu mayat di atas katil sebelum menghubungi polis," katanya. Hasil siasatan awal mendapati tiada kesan perbuatan dari luar dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut. "Kita siasat sama ada perbuatan jenayah ini daripada pelbagai kemungkinan sama ada dia bunuh dulu, atau mati dulu," katanya. - CARI |
6
Bagus |
3
Marah |
7
Terkejut |
2
Sedih |
15
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
"Kita siasat sama ada perbuatan jenayah ini daripada pelbagai kemungkinan sama ada dia bunuh dulu, atau mati dulu," katanya.
seeriesagain replied at 7-10-2017 07:01 AM
Kwsn rumah org kaya ni... nape la agaknya. Sian anak2 tu dijerut sampai mati
duri_durians replied at 7-10-2017 04:27 AM
Apa maksud ni
ADVERTISEMENT