View: 8729|Reply: 77
|
[Tempatan]
4 sekeluarga ditemui mati di Johor baharu.
[Copy link]
|
|
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x640. |
KEJADIAN empat sekeluarga yang ditemui mati di dalam rumah di Taman Mutiara Rini, Skudai. - Foto Hairul Anuar Rahim
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x692. |
ANGGOTA keluarga mangsa turut hadir di lokasi kejadian empat sekeluarga yang ditemui mati di dalam rumah di Taman Mutiara Rini, Skudai. - Foto Hairul Anuar Rahim |
JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka ditemui mati di rumah mereka di Rini Residence, Mutiara Rini, di sini jam 2.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, berkata P Pubalan, 53, ditemui mati tergantung, manakala isteri, P Jeya, 46, ditemui di atas katil berhampiran ruang tamu di tingkat bawah rumah.
Katanya, dua anak pasangan itu, P Sharveen, 14 dan P Krishna, 9 ditemui dengan kesan jerutan di leher dalam sebuah bilik lain.
"Polis menerima panggilan dari orang awam pada jam kira-kira 2.30 petang tadi mengenai penemuan empat mayat di sebuah rumah di Mutiara Rini.
"Lelaki itu yang bekerja sebagai pemborong minuman keras ditemui bersama satu nota wasiat yang ditinggalkan di atas meja solek," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Noor Hashim berkata, kejadian disedari rakan lelaki itu yang datang ke rumah untuk menemui mangsa dan kemudian menemui satu nota ditinggalkan pada cermin kereta menyatakan pintu rumah berkenaan tidak dikunci.
"Ketika sampai, lelaki itu menemui satu nota mengatakan pintu rumah tidak dikunci. Dia masuk ke dalam rumah yang tidak dikunci dan menemui satu mayat di atas katil sebelum menghubungi polis," katanya.
Noor Hashim berkata, hasil awal siasatan mendapati tiada kesan perbuatan dari luar, dan sedang meneliti bagaimana kejadian itu berlaku.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut.
"Kita siasat sama ada perbuatan jenayah ini daripada pelbagai kemungkinan sama ada dia bunuh dulu, atau mati dulu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/ke...a-ditemui-maut
|
|
|
|
|
|
|
|
Aduih anak2 pun terlibat dlm permasalahan ni.. Takziah la kepada keluarga.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Kita siasat sama ada perbuatan jenayah ini daripada pelbagai kemungkinan sama ada dia bunuh dulu, atau mati dulu," katanya.
Apa maksud ni |
|
|
|
|
|
|
|
Diorg punya style mmg bawak satu family bersama2... Bkn financial problem kot, rumah mutiara rini mcm blh tahan jgk harga. |
|
|
|
|
|
|
|
hutang banyak sangat ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk umah dah cantik tp hati xtenang juga
Kesian kat budak2 tu sj
Lain2 tunggu maklumat terkini..malas nak speku |
|
|
|
|
|
|
|
Kwsn rumah org kaya ni... nape la agaknya. Sian anak2 tu dijerut sampai mati |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah dia akan dilelong oleh bank kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoii.. Kesian kt anak-anak.
kecik lagi |
|
|
|
|
|
|
|
ade kaitan dgn larangan jualan minuman keras kt johor ke |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nenasketum at 7-10-2017 08:24 AM
Kesiannya dekat anak anak. Sampai hati |
|
|
|
|
|
|
|
duri_durians replied at 7-10-2017 04:27 AM
Apa maksud ni
Sebab disiasat under 302 dan mati mengejut rasa polis merujuk bapak dia kot. Maybe bunuh anak anak dan isteri lepas tu dia bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
mereke percaya ada nya alam nirwana . |
|
|
|
|
|
|
|
Orang kaya ni. Pengakhiran yang tragis. |
|
|
|
|
|
|
|
Motif nak mati kau heret satu family sekali? Merepot la ki dek |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi beberapa hari nak sambut perayaan Deepavali. Apalah yang menyebabkan kebuntuan sampai nekad buat macam tu sekali?. |
|
|
|
|
|
|
|
rumah bsau...
pemborong arak lgi... masyuk tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke yg berani beli/sewa lepas ni? Cantik juga rumahnya |
|
|
|
|
|
|
|
bedah siasat nnti dapat taw sapa mati dlu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|