"Litar Sepang akan dimanfaatkan sepenuhnya dan ia tidak akan menjadi projek gajah putih, banyak aktiviti akan diadakan di situ." Demikian respon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ada pihak bimbang dan mempersoalkan berkemungkinan besar litar tersebut akan terabai dan menjadi projek “gajah putih” Ini kerana 7 April lalu, beliau dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Malaysia tidak akan lagi menjadi tuan rumah perlumbaan F1 tahun depan selepas kerajaan bersetuju untuk menamatkan kontrak penganjurannya kerana terdapat penurunan ketara hasil pulangan kepada negara berbanding dengan kos penganjurannya. Tambah beliau, kerajaan kini dalam proses menyusun cara lain untuk diadakan di Litar Sepang.
"Kami akan membangunkan acara permotoran bentuk lain di negara, kami mahu melihat penyertaan lebih banyak rakyat Malaysia. Saya fikir itu yang peminat Malaysia mahu lihat… penyertaan pemandu-pemandu Malaysia," katanya. “Ia tidak bermakna penganjuran F1 tidak boleh dipertimbangkan di masa depan, dengan syarat keadaan ekonomi adalah baik," tegas Najib. Perdana menteri dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada di litar ini untuk menyaksikan final perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia Petronas 2017 pagi tadi.- CARI
|
9
Bagus |
6
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
adm7 replied at 1-10-2017 09:29 PM
Merapu je acara F1 ni..berapa kerat sgt pun yang beli tiket..yg datang pun kebanyakan pasal dpt tike ...
insulin replied at 1-10-2017 11:05 PM
Kalau x mahu anjurkan F1, bolehlah dibuat litar latihan perlumbaan atau litar ujian JPJ.
kentel replied at 2-10-2017 09:08 AM
F1 memang tak ramai spectator....tapi kalau MotoGP memang penuh mostly....
ADVERTISEMENT