CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Kematian Anggota TLDM Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh- PDRM

1-10-2017 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9649| Komen: 62


sumber : FMT


Semalam,Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan akhbar memaklumkan dua anggotanya meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan ketika menjalani latihan fizikal. 

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26. 

Hasil siasatan awal, polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Terdahulu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata kedua-dua mangsa tersebut dipercayai didera.

Tambahnya, bedah siasat yang dilakukan ke atas Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat mendapati kematiannya disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul yang mempunyai persamaan dengan punca kematian Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri. 

Susulan itu, polis telah menangkap 3 lelaki berumur 29 hingga 44 tahun kira-kira 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan, tambahnya.

Dilaporkan ketiga-tiga suspek yang juga merupakan anggota TLDM direman selama 7 hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kematian dua anggota TLDM di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan di Perak kelmarin.

Bernama melaporkan, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Shaqira Ibrahim mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.- CARI

sumber : FMT

24

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VuJiE 1-10-2017 05:32 PM
dah jadi kes bunuh....
Quote mirandanicky1 1-10-2017 05:37 PM
Kenapa diaorg bunuh sesama rakan sekerja ni? Sampai 2 org sekaligus dibunuh?
Quote batmana 1-10-2017 05:38 PM
bodohla pelaku ni
tak pikir mangsa ada anak bini, mak pak

bila ada kuasa, pandang org bawah cm setan

ptut kepala pelaku di pancung sampai putus live dpn ramai2 anggota Tentera kt perak tu

baru betul
Quote tumpanglalu74 1-10-2017 05:41 PM
Tapi kalo aku cakap awei2 ramei yang nak maki aku.  Now ni padan muke sape yang nak kata badan2 berunifom ni syumol la sangat.  Antara deme pon berbunoh2 inikan nak harapkan jage ketenteraman rakyat?

Pegi pecat sume, boh budak2 tahfiz pulak jadi askar, polis ape sume.  Ade bran?  At least dorang dah diajor agame..
Quote albedah 1-10-2017 05:43 PM
Dia x bunuh.  Dia dera je.  Jd mungkin nnt membunuh tanpa niat.  
Quote munchkin 1-10-2017 05:46 PM
JAHAT!!!!!
Quote Electromagnet 1-10-2017 05:47 PM
Gambar Oren tu gmbr Okt ka Gmbr hiasan?
Quote Orix 1-10-2017 05:48 PM
Kesiannya la hai... knp dera smpai boleh sebabkan kematian... dh tk ada belas kasihan ke? Org nk pukul kucing pn tak smpai hati.... inikan pulak dera org smpai mati... kalau kau bunuh musuh di medan perang ke sbb pertahankan negara ke takpe la jugak
Quote mommymonster82 1-10-2017 05:55 PM
Moga arwah dapat pembelaan sewajrnya..depressla baca berita gini.duk terbayang
Baru je lepas2 cakap dgn suami tiba2 dapat call dah xde..

Moga isteri2 arwah berdua ni tabah...
Quote akusukaq 1-10-2017 06:09 PM
Edited by akusukaq at 1-10-2017 06:12 PM

mentang mentang pangkat Setakok atas tiga jahanam ni mabuk gila nak ampu  boss konon.sampaikan sanggup jadi pembunuh, tujuan nak tunjuk best  perforance.sekarang boss korang sendiri akan hadiahkan korang dgn penendang.dah dasar anjing laut mkn ikan kecik tp dgn jerung korang terkecut telor
Quote Despacito 1-10-2017 06:35 PM
Kenapa n mengapa
Quote alieyrina 1-10-2017 06:43 PM
Bagus..harap polis siasat kaw2..nanti time pembelaan hujung2 kata x tau katok org boleh membunuh pulak
Quote jalfa 1-10-2017 06:45 PM
Sian tgk mak bapak mereka yg meninggal tu....kenapa x siar nama okt?
Quote jelita_millie 1-10-2017 06:53 PM
Iols dgr arwah berdua ni awol sbb tu kena tindakan tertib (tahanan sementara). Tapi layak ke sampai kena belasah sampai mati katak gitu. Guna kuasa bukan kat tempat sepatutnya.
Quote kakiselit 1-10-2017 07:02 PM
Electromagnet replied at 1-10-2017 05:47 PM
Gambar Oren tu gmbr Okt ka Gmbr hiasan?


Oren dah kena tangkap? bagus la, padan muka mulut lobos sgt
Quote jerukkedondong 1-10-2017 07:56 PM
Bonyok gedabak semua OKT...
sedap la mendera sampai  2 org jadi arwah ye...
Tak sedar diri...
Quote mirandanicky1 1-10-2017 08:37 PM
Nk tggu pbicaraan harap jangan sembunyikan fakta nk jugak tahu dera macamana sampai boleh mati. Org2 mcm ni lah yg mematahkan semangat golongan muda nk masuk bidang ni. Mak ayah pun tak kasi sbb takut ank tk pasal2 kena bunuh. Ni pmbela negara ke pembunuh berlesen? Sbb koranglah abis rosak nama baik yg lain
Quote atiqah_bea 1-10-2017 08:40 PM
Iols duk fikir2 mangsa didera mcm mana. Sebab kalau baca berita awal2, katanya tiada kecederaan fizikal

Sedihnya iols kenangkan family mangsa.
Quote diss69 1-10-2017 09:50 PM
Ya Allah... sedih dngr sebab penderaan... masih lagi sebab dera!! xda perikemanusiaan ke??

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.118861 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top