Kelmarin bertempat di Kuantan, seorang surirumah yang berusia 34 tahun ditemui mati dengan kesan tikaman di perut dan dada, dipercayai dibunuh di rumahnya. Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian jam 8 pagi di rumahnya di Kampung Hijrah, Penor, mangsa yang dikenali sebagai Norhasilah Ismail dikatakan baru pulang dari menghantar dua anaknya ke sekolah sebelum menyedari rumah mereka dipecah masuk seorang lelaki dipercayai ingin menyamun. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika kejadian itu berlaku, anak lelaki mangsa berusia empat tahun dikurung oleh suspek di dalam bilik. "Berlaku pergelutan di antara mangsa dengan suspek menyebabkan mangsa ditikam di perut sebelah kanan dan dada sebelah kiri menggunakan senjata tajam."
"Mangsa ditemui oleh suaminya yang baru pulang dari kerja pada jam 12.30 tengah hari di ruang tamu rumah mereka." "Siasatan masih dilakukan mengenai motif kejadian dan kami tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan samun." - CARI
|
14
Bagus |
17
Marah |
13
Terkejut |
21
Sedih |
23
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tinacuak replied at 30-9-2017 08:06 PM
Allahu..kejamnya manusia...satu benda yg lama dah aku perasan. Skrg ni rumah yg ada cctv memang jadi ...
kakiselit replied at 1-10-2017 07:10 AM
sbb apa kata gitu? Psl byk vid yg kuar di wsp ke fb ke paparkan umah yg ada CCTV ke makanya hang ...
ADVERTISEMENT