CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas 62 Tahun Tinggal Di Kandang Lembu Akibat Kesempitan Hidup

26-9-2017 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5210| Komen: 40


sumber : internet


Seorang warga emas berusia 62 tahun yang dikenali sebagai A Subramaniam dilaporkan terpaksa tinggal di kandang lembu yang dibinanya tujuh tahun lalu akibat kesempitan hidup. 

Memetik laporan Sinar Harian, kandang tersebut dikatakan dibina di tanah tidak bertuan di Jalan Paya Mas, Tangkak, Johor berikutan tiada tempat tinggal selepas majikannya tidak lagi menternak lembu.

“Saya tidak ada duit nak beli atau sewa rumah. Lagi pun saya dah biasa tinggal di kandang lembu sejak berpuluh tahun dulu sebab saya bekerja sebagai penjaga lembu,” katanya.

Selain terpaksa tidur beralas guni, Subramaniam juga perlu menyala asap bagi menghalau nyamuk dan lalat dan hanya menggunakan lilin pada waktu malam.


Difahamkan beliau ada membela enam lembu menggunakan wang simpanannya tetapi haiwan itu dicuri ketika dia dirawat di hospital akibat kemalangan pada 2015.

“Walaupun kehidupan saya tak selesa macam orang lain tapi saya bersyukur kerana dapat teruskan hidup tanpa bebankan orang lain,” katanya. - CARI
12

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
18

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yayah8989 26-9-2017 06:39 PM
kesiannye dia...........
Quote L_Z 26-9-2017 06:46 PM
Ermmmmmm negeri maju pon masih ada yg  melarat idup tido dlm kandang.......
Quote raradhia 26-9-2017 06:48 PM
kesiannya, xkan laa xboleh buatkan uncle ni rmh. .hmmm, rumah kecik2 ja xpyh laa bebesar. .kesian sgt
Quote raradhia 26-9-2017 06:51 PM
“Walaupun kehidupan saya tak selesa macam orang lain tapi saya bersyukur kerana dapat teruskan hidup tanpa bebankan orang lain,” katanya. - CARI

tengok, walaupun hidup serba kekurangan tp masih lg tidak meminta2. .bukan mcm surgeon/engineer tu. .
Quote gigahertz 26-9-2017 06:56 PM
raradhia replied at 26-9-2017 10:48 AM
kesiannya, xkan laa xboleh buatkan uncle ni rmh. .hmmm, rumah kecik2 ja xpyh laa bebesar. .kesian sg ...

Bil api air siapa nak kautim?
Quote ninja boy 26-9-2017 07:05 PM
Rumah size kabin ada bilik dapur toilet ok le, bill api<20, air pakai sorang <10
Quote raradhia 26-9-2017 07:06 PM
gigahertz: Bil api air siapa nak kautim?


seorg ja tinggal xpkai byk sgt letrik, kalau bawah rm20 kan free xpyh byr. .sdgkan iols tinggal berdua ja ngn mak pun bil letrik always bawah rm30. .

bil apa semua tu belakang kira, yg pntg xlaa hidup melarat mcm ni. .kalau x pun, kebajikan ambik laa uncle ni. .warganegara malaysia kan?
Quote raradhia 26-9-2017 07:07 PM
ninja boy: Rumah size kabin ada bilik dapur toilet ok le, bill api&lt;20, air pakai sorang &lt;10


betulll =)
Quote matchstick 26-9-2017 08:28 PM
Kesiannya..

Cilaka sgt sape yg curi lembu uncle ni smpi 6 ekor disapunya
Quote merrissa 26-9-2017 08:41 PM
harap sampai ke sultan johor....supaya boleh beri bantuan....
Quote merrissa 26-9-2017 08:42 PM
raradhia replied at 26-9-2017 06:51 PM
“Walaupun kehidupan saya tak selesa macam orang lain tapi saya bersyukur kerana dapat teruskan hidu ...

siapakah engineer and surgeon itu???
Quote krustykrab 26-9-2017 08:46 PM
raradhia replied at 26-9-2017 06:51 PM
“Walaupun kehidupan saya tak selesa macam orang lain tapi saya bersyukur kerana dapat teruskan hidu ...

Hahahaha, aku pun terpikir benda yg sama bila baca ni..
Lbh baik la netizen derma kt ane ni je, dah sah2 ane ni mmg x de duit langsung.
Quote raradhia 26-9-2017 08:47 PM
merrissa replied at 26-9-2017 08:42 PM
siapakah engineer and surgeon itu???

yg ni sis. .iols xpndai nak tepek link. .
Quote raradhia 26-9-2017 08:52 PM
krustykrab replied at 26-9-2017 08:46 PM
Hahahaha, aku pun terpikir benda yg sama bila baca ni..
Lbh baik la netizen derma kt ane ni je, d ...

kan, HAHAHA. .iols pun teringat terus dekat surgeon/engineer tu. .dah sah2 kehidupan dorg serba serbi mampu! adik beradik pun boleh ja membantu. .eii

kalau uncle ni, sgtlaa kasihan hujan panas tetap jgak dekat kandang tu. .
Quote krustykrab 26-9-2017 08:56 PM
raradhia replied at 26-9-2017 08:52 PM
kan, HAHAHA. .iols pun teringat terus dekat surgeon/engineer tu. .dah sah2 kehidupan dorg serba se ...

Mohon diorg terasa lol
Quote pearl.silver 26-9-2017 09:00 PM
Uncle bole tiru kapel kt kedah tu
Depa buat la bangsal elok sikit dlm hutan tu
Kandang lembu uncle tu modified la sikit
Skang lembunye ada lg ke tak?
Klu ada, jual la sekor dua..dpt lebih 10k dah tu
Quote cmf_jeangrey 26-9-2017 09:02 PM
Mohon ajar uncle ni masuk gofundme...
Kita tgk lak berapa ramai yg nk menderma
Quote moonbug 26-9-2017 09:14 PM
raradhia: “Walaupun kehidupan saya tak selesa macam orang lain tapi saya bersyukur kerana dapat teruskan hidup tanpa bebankan orang lain,” katanya. - CARIteng ...


Rasa mcm nak suruh uncle ni buat gofundme. He is more deserving of help. Agak2 boleh dpt 150k tak uncle ni? Confirm dpt bg sinar harapan dlm hidup dia kalau dpt
Quote moonbug 26-9-2017 09:17 PM
merrissa replied at 26-9-2017 08:42 PM
siapakah engineer and surgeon itu???

Yg terberanak di UK lalu tersadai di sana, anaknya kat ICU sbb premature at 30 weeks. Bil cecah RM0.5mil lalu diorang buat fund raising through gofundme

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.192055 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top