Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebelum ini pernah membuat tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap negara kita berhubung siasatan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Chol. Justeru, Malaysia bertindak tegas mengusir Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol dan mengisytiharkan beliau sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dihargai pada 4 March lalu. Memetik laporan agensi berita China Xinhua, kelmarin Sepanyol telah mengambil keputusan sama mengusir Duta Besar Korea Utara ke Madrid Kim Hyok Choi. Kementerian Luar Sepanyol mengumumkan keputusan itu menerusi akaun Twitter yang dimuat naik selepas pukul 8 malam waktu tempatan. Beliau perlu menamatkan tugasnya sebelum 30 September ini.
Langkah itu ekoran ujian nuklear dan peluru berpandu berterusan Korea Utara dan kerajaan Sepanyol berpendapat langkah sewajarnya perlu diambil kerana program berkenaan satu ancaman serius kepada keselamatan dan keamanan dunia. Menteri Luar Sepanyol Alfonso Dastis berkata pada 1 September lalu, Sepanyol mengarahkan Kedutaan Korea Utara mengurangkan jumlah diplomat negara itu.- CARI
|
6
Bagus |
3
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
15
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
white_musk replied at 19-9-2017 01:42 PM
Apakah perkhabaran Kang Chol pada masa kini?
ADVERTISEMENT