Terdapat dakwaan mengatakan sebuah pasar raya besar di Shah Alam menjual daging ayam yang tidak disembelih sebaliknya hanya ditarik sahaja kepalanya sehingga putus. Jesteru, orang ramai dinasihati tidak membeli daging ayam di pasar raya tersebut walaupun jenama tempatan itu mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. Memetik laporan Sinar Harian, dakwaan itu menjadi kecoh apabila rakaman video berhubung isu berkenaan tersebar luas di laman facebook sehingga menarik perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ekoran penularan video tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya terkesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller). Tambah Jakim, produk ayam jenama PTS tersebut adalah dari pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. ”Pengguna tidak perlu gusar dengan tular tersebut dan dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban,” katanya.- CARI |
7
Bagus |
9
Marah |
14
Terkejut |
10
Sedih |
9
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kiambang replied at 5-9-2017 04:19 PM
Walaupun ada sijil halal , siasatan patut juga dibuat ..
nisako replied at 5-9-2017 04:58 PM
wow pasaraya mana ni.........
nisako replied at 5-9-2017 04:58 PM
wow pasaraya mana ni.........
ADVERTISEMENT