Loading FB Video...
Kejadian samun yang membabitkan enam lelaki bertopi keledar dan bersenjatakan pistol di sebuah kedai emas di pusat beli belah AEON Rawang, jam 6.40 petang semalam menjadi tular di media sosial. Dalam video yang dirakam oleh pengunjung pusat beli belah itu menunjukkan salah seorang suspek berusaha memecahkan cermin meja pameran dan meletakkan barang kemas dalam beg sebelum melarikan diri. Loading FB Video...
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, suspek melepaskan satu das tembakan ke arah siling di dalam kedai tersebut dan memecahkan empat cermin meja pameran sebelum melarikan diri. "Keenam-enam suspek menaiki tiga buah motosikal Yamaha 125. Bagaimanapun, hanya empat daripada mereka yang masuk ke premis tersebut." Ketika kejadian itu berlaku, ada dua pelanggan wanita dan empat kakitangan dalam premis tersebut. Namun tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian itu. "Kami masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti jumlah kerugian dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam premis tersebut," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.- CARI
|
15
Bagus |
14
Marah |
18
Terkejut |
11
Sedih |
17
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
moonbug replied at 2-9-2017 07:56 PM
Guard yg terjenguk2 tu guard Aeon ke Poh Kong? Kalau guard Poh Kong kat Aeon rumah aku mmg equipped ...
CiliPadiSedap replied at 2-9-2017 09:51 PM
tu guard aeon tak dibekalkan senjata api, xsilap cota atau tekpi skipping je.. badan cmtu kena par ...
kelana36 replied at 2-9-2017 09:55 PM
semangat sukan SEA kutip emas masih menebal..
alieyrina replied at 2-9-2017 10:04 PM
Siang2 buta org ramai pun depa berani..ada org kt luar mall yg sebut no.plet moto penyamun kan..hara ...
ADVERTISEMENT