Seorang lelaki Melayu ditembak pada lutut sebelah kaki kiri ketika sedang bersiap untuk keluar bekerja pada pagi Selasa lalu. Memetik laporan Bernama, ketika kejadian, mangsa membuka pintu pagar untuk meninjau kerana terdengar suara seseorang sedang memanggil di luar rumah. Tanpa disedari, kelihatan dua individu muncul di depan pintu pagar dan bertindak menembaknya di bahagian lutut sebelah kaki kirinya. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan kejadian tembakan itu berlaku pada 29 Ogos lalu kira-kira jam 8.20 pagi di kawasan peumahan Taman Putra Ampang. Dilaporkan, ketika mangsa sedang membuka pintu pagar untuk membuat tinjauan, mangsa yang berusia 40 tahun itu mendapati terdapat dua individu yang menunggang motosikal berada di luar rumah.
Salah seorang dari individu terbabit ingin bercakap dengan mangsa dan kemudian menembak mangsa ketika mangsa sedang mentutup pintu pagar. Jelas Hamzah, dua suspek terbabit sempat melarikan diri dengan motosikalnya yang berwarna merah, manakala mangsa dikatakan hanya sempat mengecam kedua-dua suspek berbangsa Melayu dan berumur dalam lingkungan 30-an. Oleh kerana mangsa tidak mengenali kedua-dua suspek, justeru motif serangan masih tidak dapat dipastikan dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Senjata Api 1971. Memetik laporan China Press, kejadian tersebut tidak mengancam nyawa mangsa yang sebenarnya merupakan pemandu bekas peguam negara,Tan Sri Abdul Gani Patail.-CARI |
20
Bagus |
23
Marah |
21
Terkejut |
22
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Pink_Purple replied at 30-8-2017 02:41 PM
bekas pemandu pun dah xselamat,
Pink_Purple replied at 30-8-2017 02:41 PM
bekas pemandu pun dah xselamat,
WeAiNe replied at 30-8-2017 03:23 PM
pemandu ni antara orang penting yang rapat dan tahu rahsia, sebab mereka yg bawa ke mana2 mesyuarat ...
mieymiey replied at 30-8-2017 02:57 PM
Kan? Bukan menteri dan yang berjawatan tinggi jer yang tak selamat, pemandu pun
PandaSaka replied at 30-8-2017 03:26 PM
Bekas pemandu current peguam negara atau pemandu former peguam negara? Iols kempius
ADVERTISEMENT