CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditembak selepas balik bersenam

25-7-2013 02:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4534| Komen: 26

Description: KLUANG - Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, di sini, petang kel ...
KLUANG - Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang baru selesai berjoging didatangi suspek ketika dia sedang menaiki keretanya.

Bagaimanapun cubaan membunuhnya gagal apabila mangsa berjaya memecut keretanya kira-kira tiga kilometer sebelum mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang.

Mangsa dipercayai seorang ahli perniagaan itu kini dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dari pelbagai aspek.

“Sehingga saat ini, pihak kami masih belum mengetahui jenis senjata dan motif suspek yang membuat serangan terhadap mangsa.

Apa yang pasti suspek telah melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa. Malah, pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika dilihat daripada sudut kerjaya mangsa.

“Namun, saya menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana ianya akan mengganggu proses siasatan yang kami sedang jalankan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam.

Abdul Majid berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 307 kanun keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara maksima 20 tahun jika sabit kesalahan.

“Orang ramai juga tidak perlu merasa bimbang untuk berkunjung ke kawasan rekreasi tersebut kerana kejadian seperti ini amat terpencil dan ianya hanya menumpukan kepada individu tertentu sahaja.

“Polis juga sedang menjalankan sekatan jalan di semua jalan masuk dan keluar dari bandar Kluang ini mulai petang kelmarin untuk mengesan suspek terbabit,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 25-7-2013 12:25 PM

Cermin kereta mangsa yang turut terkena tembakan
Quote fredbok87 25-7-2013 12:32 PM
makin banyak aktiviti tembak menembak nie...adoiyaiii malaysia tak aman dah........
Quote gaara_X 25-7-2013 12:33 PM
pergh!!...nie siapa plak bagi lesen menembak kat orang nie......
Quote rospinki 25-7-2013 12:33 PM
MALAYSIA DARUL TEMBAK
Quote dino 25-7-2013 12:40 PM
penembak ni musti asal penang
Quote izamahmed 25-7-2013 12:40 PM
fuhh nasib baik sempat lari wpun cedera...
Quote ninjago 25-7-2013 12:41 PM
dah senang nk bli pistol senapang sme kot.. kt thailand nun
Quote anony-mous 27-7-2013 07:29 AM
pergh!asal dlm kete je kene tembak..malaysia yg aman
Quote sueism 27-7-2013 07:31 AM
Malaysia yg aman sentiasa
Quote Decaffeinated 27-7-2013 07:35 AM
Orang ramai juga tidak perlu merasa bimbang untuk berkunjung ke kawasan rekreasi tersebut kerana kejadian seperti ini amat terpencil dan ianya hanya menumpukan kepada individu tertentu sahaja.

yup.

dalam banyak kes, mangsa macam memang dah target. hatta kalau dia menyorok dalam masjid pun boleh kena ikut. it doesn't make masjid a dangerous place.

Quote BotakChinPeng 28-7-2013 11:44 PM
Suspek mungkin akan cuba lagi
Quote Anak_Nogori 28-7-2013 11:47 PM
Aisay @missnigga...nak jogging pun dah tak senang dah ni..
Quote batmana 28-7-2013 11:57 PM
lain kali pakai kancil + cermin bulletproof
ni pakai kete beso + cermin cap ayam

dh tau ade musuh tu, laburla sket duit..
Quote freebird 29-7-2013 12:54 AM
Johor darul caprut indon...
Quote ushioz 29-7-2013 01:31 AM
penempatan semula untuk rakyat yang solleh beserta tembok berlin.
Quote kambeng_masam 29-7-2013 01:54 AM
malaysia adalah negara yang aman dan statistik jenayah dalam lingkungan terkawal. Ini adalah berita rekaan sahaja. Dalam utusan  meloya ada tak report? kalau takde ni citer tipu jelah.
Quote mak_wa95 29-7-2013 03:06 AM
kes terpencil .............kata ketua polis daerah keluang
Quote munchkin 29-7-2013 03:12 AM
bila orang bagi rank kata tak selamat, berita tu dinafikan. habis tu yang tembak menembak ni hari hari dengar ni selamat sangat lah.
Quote lavacall 29-7-2013 03:13 AM
munchkin posted on 29-7-2013 03:12 AM
bila orang bagi rank kata tak selamat, berita tu dinafikan. habis tu yang tembak menembak ni hari ha ...

hari hari kompelen...kompelen..kompelen..

jum migrate la...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.069444 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top