View: 3956|Reply: 26
|
Pemandu Bekas Peguam Negara Ditembak
[Copy link]
|
|
sumber : China Press
Seorang lelaki Melayu ditembak pada lutut sebelah kaki kiri ketika sedang bersiap untuk keluar bekerja pada pagi Selasa lalu.
Memetik laporan Bernama, ketika kejadian, mangsa membuka pintu pagar untuk meninjau kerana terdengar suara seseorang sedang memanggil di luar rumah.
Tanpa disedari, kelihatan dua individu muncul di depan pintu pagar dan bertindak menembaknya di bahagian lutut sebelah kaki kirinya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan kejadian tembakan itu berlaku pada 29 Ogos lalu kira-kira jam 8.20 pagi di kawasan peumahan Taman Putra Ampang.
Dilaporkan, ketika mangsa sedang membuka pintu pagar untuk membuat tinjauan, mangsa yang berusia 40 tahun itu mendapati terdapat dua individu yang menunggang motosikal berada di luar rumah.
Salah seorang dari individu terbabit ingin bercakap dengan mangsa dan kemudian menembak mangsa ketika mangsa sedang mentutup pintu pagar.
Jelas Hamzah, dua suspek terbabit sempat melarikan diri dengan motosikalnya yang berwarna merah, manakala mangsa dikatakan hanya sempat mengecam kedua-dua suspek berbangsa Melayu dan berumur dalam lingkungan 30-an.
Oleh kerana mangsa tidak mengenali kedua-dua suspek, justeru motif serangan masih tidak dapat dipastikan dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Senjata Api 1971.
Memetik laporan China Press, kejadian tersebut tidak mengancam nyawa mangsa yang sebenarnya merupakan pemandu bekas peguam negara,Tan Sri Abdul Gani Patail.-CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa pulak ni |
|
|
|
|
|
|
|
lepas nie bekas peguam negara pulak kena tembak |
|
|
|
|
|
|
|
bekas pemandu pun dah xselamat,
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan? Bukan menteri dan yang berjawatan tinggi jer yang tak selamat, pemandu pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Tmn putra ni sebelah tmn umah iols.. kt tmn umah iols ni umah ank sedara tan sri ghani patail. Knl sgt sbb iols 1batch dgn ank tansri zmn skolah.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
pemandu ni antara orang penting yang rapat dan tahu rahsia, sebab mereka yg bawa ke mana2 mesyuarat meeting, jumpa dengan siapa, bila tarikhnya masa bagai, ada yg jenis rapat dgn bos sampai boleh kongsi cerita...munkinlah mangsa ni tahu sesuatu yang ada pihak tak nak orang luar tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas pemandu current peguam negara atau pemandu former peguam negara? Iols kempius
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekejap ye..... pemandu itu bekas peguam negara ke atau bekas pemandu peguam negara. Grammer/nahu Melayu ni mane yg betul?
|
|
|
|
|
|
|
|
btl tu.
PA dan Pemandu adalah org yang rapat dengan bos sb deols tau mana bos diorg pegi, dengan siapa jumpa serta lain2 perkara ptg.
duk bawak kereta, terdengar bos jawab panggilan telefon. tercuri dgr jgk..
|
|
|
|
|
|
|
|
bekas pemandu je pun..diperbesar besarkan |
|
|
|
|
|
|
|
betul, walaupun pemandu dia rapat dengan boss,
dah lama keje xkan xsembang2,mungkin boss ada kadang2 terlepas cakap,
so dia ada juga simpan rahsia boss..
|
|
|
|
|
|
|
|
baca balik former peguam negara gani patail,
gani ni pun kan banyak isu
|
|
|
|
|
|
|
|
sesuatu nyaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
huhu, mudah2an semua dlm lindungannya. .aamiin aamiin aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu bekas peguam negara. Korang ni baca melulu je |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut news article tu, yg bekasnya bos dia
dia still jadi pemandu kpd bos dia i.e bekas peguam negara
niway, gws & moga beliau serta family sentiasa berada dlm perlindungan Allah |
|
|
|
|
|
|
| |
|