Syabas buat kontinjen Sukan SEA Malaysia kerana baru sahaja mengutip pingat emas ke-100 hasil sumbangan terbaru daripada acara gimnastik berirama.
Ini bermakna impian negara untuk mencapai pungutan pingat emas sebanyak 111 bukan khayalan lagi, malah ada pihak menjangkakan berkemungkinan kontinjen negara mampu membolot 120 pingat emas pada penghujung temasya kali ini. Memetik laporan Bernama, pingat emas itu datang dari gimnas Amy Kwan menerusi acara riben dan ini adalah pingat emas keempat buat skuad gimrama hari ini. Ini diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Twitter tengah hari tadi sambil mengucapkan terima kasih kepada gimnas negara. Terdahulu rakannya, Koi Sei Yan menghadiahkan emas buat negara dalam acara gelung dan belantan manakala Izzah Amzan menang dalam acara bola. Sasaran Malaysia untuk Sukan Sea ini adalah untuk memenangi 111 pingat emas. Sukan yang akan diadakan di Kuala Lumpur itu akan melabuhkan tirainya pada hari Rabu. Ketika ini, Malaysia mengetuai pungutan pingat dengan sejumlah 231 medal, termasuk 68 perak dan 63 gangsa.- CARI |
17
Bagus |
21
Marah |
22
Terkejut |
21
Sedih |
26
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pembisikmaut replied at 28-8-2017 04:51 PM
Umat suci mulia perkasa betol-betol x ada lawan..
pembisikmaut replied at 28-8-2017 08:51 AM
Umat suci mulia perkasa betol-betol x ada lawan..
miemiecha replied at 28-8-2017 09:26 AM
biasa tuan umah dapt no 1/2/3 ke? mek dengar mmbe opis borakkk
nazzse replied at 28-8-2017 06:56 PM
biasanya gitu sbb ada kelebihan pertandingkan acara tradisional negara masing2, so ada kelebihan ...
zidane_ziege replied at 28-8-2017 11:25 AM
klu malaysia tuan rumah memang xde nya acara sukan pelik2..padahal boleh je buat acara main congka ...
ADVERTISEMENT