Pelakon Rita Rudaini menafikan sekeras-kerasnya yang dia menghalang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 8, dari menceburkan diri dalam dunia bola sepak.
Walaupun mengakui melalui saat perit ketika berpisah dengan bekas suami iaitu Aidil Zafuan Abd Razak yang merupakan pemain bola sepak negara, namun itu semuanya bukan alasan. "Apabila gurunya di sekolah meminta kebenaran untuk Rayyan terbabit dalam pasukan bola sepak sekolah, saya tidak keberatan asalkan dia berminat. "Saya pun bertanya kepada Rayyan dan dia berminat. Jadi buat apa saya nak halang," katanya kepada Harian Metro. Bukan itu sahaja, aktres cantik ini juga mengupah jurulatih peribadi untuk anaknya.
"Saya tidak perlu bersusah payah cari jurulatih peribadi sekiranya bekas suami ada. Sedikit sebanyak dia boleh membantu menyediakan kelengkapan sukan dan melatih Rayyan tetapi sekarang saya kena buat sendiri dan bertanya kepada orang lain," tambahnya. Pada mulanya Rita sendiri ketawa besar melihat Rayyan bermain bola sepak sebab anaknya itu memang tidak biasa dengan sukan di padang. "Saya tergelak apabila melihat keadaannya yang tidak selesa dengan aktiviti di padang. Dia tidak selesa apabila pakaiannya kotor dan berpeluh. "Jika sebelum ini minatnya lebih ke arah sukan catur atau bermain pemainan Lego, tetapi kini saya beritahu dia perlu membiasakan diri dengan bola sepak." Apa pun semoga Rita sentiasa bahagia dan tabah dalam membesarkan anak-anak. -CARI
|
14
Bagus |
10
Marah |
23
Terkejut |
11
Sedih |
19
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Aduradura replied at 25-8-2017 05:03 PM
Sedih plak dengar kene ade laki baru boleh ajar ank men bolaa
prizadane replied at 25-8-2017 09:06 AM
tak payah sedih sangat lah. abang i main bola dulu takde pun ayah i ajar. ayah i siap kaki bangku ...
ADVERTISEMENT