CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarikat Kereta Nasional Yang Baru Akan Ditubuhkan- Mahathir

25-8-2017 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5187| Komen: 54

"Sekiranya Pakatan Harapan menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, mungkin ada rancangan untuk memulakan sebuah syarikat automotif baru yang serupa dengan pengeluar kereta Proton Holdings."


Demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu forum mengenai pelaburan China di Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam kelmarin.

sumber: https://3.bp.blogspot.com/

Laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Tun Mahathir, jika setelah Pakatan Harapan menjadi kerajaan pentadbiran masih tidak dapat mengambil semula kuasa pengurusan Proton, Tun Mahathir bercadang untuk menubuh satu lagi syarikat automotif yang baru untuk mengeluarkan kereta nasional yang lain. 

Tambahnya, syarikat automotif terbaru itu bakal menjadi pemangkin untuk meningkatkan pengetahuan dan keupayaan kejuruteraan kita.


"Contoh seperti Proton, banyak pengusaha tempatan dapat berkembang pesat dalam industri automotif hasil kerjasama dengan Proton dalam beberapa sektor komponen dan aksesori kereta."

"Sebuah kereta dihasilkan menerusi gabungan kira-kira empat ribu komponen dan aksesori, jadi langkah tersebut mampu mewujudkan peluang pekerjaan terhadap kilang yang ditubuhkan di negara kita."

Tegas beliau, disebabkan Proton tidak lagi dimiliki kerajaan kita, ianya telah mengakibatkan banyak kilang tempatan terpaksa gulung tikar. 

Beliau turut berkata sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia dapat menghasilkan kereta nasional yang sama taraf dengan kereta luar negara, ianya adalah satu kebanggaan untuk kita semua.- CARI
20

Bagus
17

Marah
7

Terkejut
22

Sedih
10

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rashiman 25-8-2017 03:53 PM
Cukuplah satu syarikat kereta nasional yg rugi, buat apa nak tambah lagi...
Quote AbukRokok 25-8-2017 04:19 PM
aku setuju xperlu tubuh 1 lagi syarikat kereta nasional

nak buat apa? market bukan besar pun?.. why tak 100% nasionalizekan perodua je
Quote palmolive 25-8-2017 04:21 PM
perusahaan kereta dh ada la..
buat la perusahaan kereta terbang pulak..skli ngan pakej time travel
Quote zamzarai 25-8-2017 04:38 PM
boleh jual mahal2
Quote saladin780 25-8-2017 04:38 PM
Pftttt je lah
Quote cmf_shalom 25-8-2017 04:49 PM
Edited by cmf_shalom at 25-8-2017 04:51 PM

udah2 la TUN...


ni la penyakit org malaysia..asal berkuasa....gatal sgt nak pkenal benda baru...

boleh x tambah baik/baiki  apa yg sedia ada...
if untung xpe la...tp bdasarkan rekod cemerlang selama ini..kompom akan cemerlang menyusahkan rakyat...



Quote totokreturn 25-8-2017 05:03 PM
rashiman replied at 25-8-2017 03:53 PM
Cukuplah satu syarikat kereta nasional yg rugi, buat apa nak tambah lagi...

Rugi2 pun dulu ko jugak separuh mati pertahankan... sembang babi pun bleh terbang...
Quote totokreturn 25-8-2017 05:05 PM
AbukRokok replied at 25-8-2017 04:19 PM
aku setuju xperlu tubuh 1 lagi syarikat kereta nasional

nak buat apa? market bukan besar pun?.. w ...

Nak nationalize perodua apanya.. perodua ni ada 2 bro... satu manufacrure, satu distributor... perodua manufacture 100% own by toyota motor, perodua distributor yg kita bangga2 kereta jenama malaysia tuh adalah pengedar kereta perodua sahaja.. ala2 salesman gitu..
Quote CiliPadiSedap 25-8-2017 05:14 PM
Edited by CiliPadiSedap at 25-8-2017 05:17 PM

proton bawah mahahtir pun sengal2 ubi :

>konon kereta negara islam, tapi kualiti teruk
>niaga style yahudi kenakan AP pada kereta import , kereta proton jual harga mahal kat malaysia, kat luar negara jual murah alasan harga tak kompetitif lah apa?
>Rakyat tiada pilihan membeli kereta import yang jauh lebih baik daripada proton.
> Sampai sekarang kereta proton tak mampu bersaing dengan syarikat kereta jepun , tengok kereta korea kia jualan mereka merata rata di seluruh dunia walaupun belum mampu saingi kereta jepun.
> jangan pergunakan agama (kereta islam, kereta negara islam) untuk susahkan rakyat dengan harga kereta import yang mahal melampau


tak payah susahkan rakyat nak paksa beli kereta proton. cukup2lah habiskan duit rakyat . memang benci tun mahathir sebab kereta mahal.. so sekarang no more pangkah pakatan harapan selagi orang tua ni ada.
Quote ninnakarinna 25-8-2017 05:18 PM
I luv u and i respect u tun. But please be realistic
Quote bangcak 25-8-2017 05:57 PM
rashiman replied at 25-8-2017 03:53 PM
Cukuplah satu syarikat kereta nasional yg rugi, buat apa nak tambah lagi...

Masa madey dlm umngok bukan main puji melambung proton.
Sejak madey kuar umngok baru nak ngaku umngok takmampu handle proton sapai tergadai ke cina?

...talam dua muka
Quote Penglipurtales 25-8-2017 05:58 PM
Kalau buat kereta nasional yg baru confirm bentuk buruk n mahal. Tgk proton skrg ni punya design pun hauk.
Quote alesandra 25-8-2017 06:22 PM
ph akn kalah.so save it!
Quote dess402 25-8-2017 07:10 PM

kita buat keta kebal jer tun .

mahal sikit kalau timbang kilo .




Quote pulauturtle 25-8-2017 07:17 PM
siapa sokong mahathir lagi? sohai yg setuju dgn si tamak tua ni
Quote rainbow259 25-8-2017 07:51 PM
AbukRokok replied at 25-8-2017 04:19 PM
aku setuju xperlu tubuh 1 lagi syarikat kereta nasional

nak buat apa? market bukan besar pun?.. w ...

betulll....
Quote rainbow259 25-8-2017 07:52 PM
hmmm mcm rumit je....
Quote Skuau 25-8-2017 08:30 PM
pulauturtle replied at 25-8-2017 07:17 PM
siapa sokong mahathir lagi? sohai yg setuju dgn si tamak tua ni

Ko x sokong Tun...???kan dia 'gang' ph dh...
Quote CiliPadiSedap 25-8-2017 10:50 PM
Akak dh cakap jangan minum san miguel masa jumpa wartawan

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.099972 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top