CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Insiden Gajah Maut Dilanggar Di Lebuhraya Timur Barat

25-8-2017 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6621| Komen: 48

Satu lagi insiden gajah dilanggar kenderaan berlaku di lebuhraya awal pagi tadi.

Memetik laporan The Star, kejadian tersebut berlaku di KM 59, Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli kira-kira jam 5.30 awal pagi tadi apabila terdapat seekor gajah jantan yang dianggarkan berumur 12 tahun dikatakan cuba melintas jalan raya tersebut, namun malangnya dilanggar sebuah bas persiaran dan maut di tempat kejadian. 


sumber : Facebook

Manakala pemandu bas berkenaan, Eng Koon Seng berusia 62 tahun bersama seramai 33 orang penumpang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, DSP Mohd Sohaimi Ishak berkata, ketika kejadian bas berkenaan dari arah Jeli ke Gerik sedang menuruni bukit apabila tiba-tiba seekor gajah keluar dari kawasan hutan di sebelah kanan jalan dan cuba melintas ke kiri jalan.


Pemandu bas itu tidak sempat mengelak dan membrek lalu melanggar gajah tersebut.

“Akibat pelanggaran itu gajah tersebut rebah dan kemudian bangun semula berjalan ke kiri bahu jalan sebelum duduk dan kemudiannya mati di situ."

sumber : Facebook

Susulan itu, Ketua Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menggesa orang ramai mengurangkan had laju kenderaan semasa memandu kerana kawasan itu merupakan kawasan habitat gajah yang sering kelihatan berkeliaran sama ada waktu pagi atau malam.- CARI
8

Bagus
19

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
23

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 24-8-2017 05:42 PM
Inalillah..semoga roh diccucuri rahmat..eh lupa dlm ajaran pertiwi binatang mati trus cash masok neraka.
Quote oppol 24-8-2017 05:47 PM
Baru sepuluh tahun,takziah pada ahli keluarga gajah..

RIP
Quote lasagnaklcc 24-8-2017 05:51 PM
Kesian dumbo
Quote noell 24-8-2017 05:53 PM
mcmana depa tau umoq dia 10 tahun??gajah neh bawak mykad boh dlm wallet kulit boya ye??
Quote cmf_blingblings 24-8-2017 05:55 PM
Siannya, mmg selalu tempat dia melintas kot
Quote insulin 24-8-2017 05:57 PM
noell replied at 24-8-2017 05:53 PM
mcmana depa tau umoq dia 10 tahun??gajah neh bawak mykad boh dlm wallet kulit boya ye??

Ada mikrochip bawah kulit dia kut.
Quote noell 24-8-2017 05:59 PM
insulin replied at 24-8-2017 05:57 PM
Ada mikrochip bawah kulit dia kut.

oooooo banyaknye duit pokjib boh cip kat gajah2 neh

sapala dpt tender neh agaknyer



Quote zaliyana 24-8-2017 06:06 PM
Kesiannyer...
Quote prizadane 24-8-2017 06:07 PM
kesiannya.. bersemadilah dengan tenang
Quote EvieWanKenobi 24-8-2017 06:10 PM
mesti mak dia cari..
Quote paz 24-8-2017 06:57 PM
Sedihnya, terduduk macam tu lagi lah sayu melihatnya
Quote andygila 24-8-2017 07:17 PM
BAS yang bersalah. Kerajaan pun patut ada speed limit lebih rendah. Kesian Gajah tu
Quote batmana 24-8-2017 07:24 PM
noell replied at 24-8-2017 05:53 PM
mcmana depa tau umoq dia 10 tahun??gajah neh bawak mykad boh dlm wallet kulit boya ye??

cm manusia,
skali tgk, tu baby 2 bulan atau baby 2 tahun
Quote cmf_premierleag 24-8-2017 08:29 PM
Al fatihah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat
Quote intanpurnama 24-8-2017 08:32 PM
Malang tak berbau siannye si gajah
Quote Pink_Purple 24-8-2017 09:52 PM
bas laju ke.



sedihnya tgk gajah jatuh mcm tu
Quote kentel 25-8-2017 08:58 AM
Quote prettyuglybabe 25-8-2017 10:32 AM
kasihannya sayang ni.. kalau dah tau lalu kat tempat yang ada wild animal, reti-reti la nak alert dan slow kan kenderaan masing-masing.. driver kejar trip ke apa..
Quote CARI-LTS 25-8-2017 03:27 PM
Satu lagi insiden gajah dilanggar kenderaan berlaku di lebuhraya awal pagi tadi.


Memetik laporan The Star, kejadian tersebut berlaku di KM 59, Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli kira-kira jam 5.30 awal pagi tadi apabila terdapat seekor gajah jantan yang dianggarkan berumur 12 tahun dikatakan cuba melintas jalan raya tersebut, namun malangnya dilanggar sebuah bas persiaran dan maut di tempat kejadian.


sumber : Facebook



Manakala pemandu bas berkenaan, Eng Koon Seng berusia 62 tahun bersama seramai 33 orang penumpang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, DSP Mohd Sohaimi Ishak berkata, ketika kejadian bas berkenaan dari arah Jeli ke Gerik sedang menuruni bukit apabila tiba-tiba seekor gajah keluar dari kawasan hutan di sebelah kanan jalan dan cuba melintas ke kiri jalan.


Pemandu bas itu tidak sempat mengelak dan membrek lalu melanggar gajah tersebut.


“Akibat pelanggaran itu gajah tersebut rebah dan kemudian bangun semula berjalan ke kiri bahu jalan sebelum duduk dan kemudiannya mati di situ."


sumber : Facebook



Susulan itu, Ketua Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menggesa orang ramai mengurangkan had laju kenderaan semasa memandu kerana kawasan itu merupakan kawasan habitat gajah yang sering kelihatan berkeliaran sama ada waktu pagi atau malam.- CARI

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.089576 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top