Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tewas kepada pemain bukan pilihan dari Perancis, Brice Leverdez di pusingan pertama dalam Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland Isnin lalu. Kelmarin, pasangan beregu negara yang juga merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut terpaksa akur tersingkir seawal pusingan kedua apabila tunduk 18-21, 16-21 kepada Cheung Eui Seok-Kim Dukyoung dari Korea Selatan. Memetik laporan Utusan Malaysia, kekalahan V Shem-Wee Kiong bukan sahaja meletakkan Malaysia berisiko gagal menamatkan kempen tanpa sebarang kejuaraan, malah bakal memahat rekod sebagai pencapaian terburuk pada kejohanan tersebut. Walau bagaimanapun, satu lagi pasangan beregu lelaki, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen masih meneruskan cabaran Malaysia namun berdepan tugas getir kerana bakal menentang pasangan No. 2 dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark sebentar lagi.
Manakala beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula bakal berdepan pilihan ke-13 dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping esok.- CARI
|
28
Bagus |
21
Marah |
23
Terkejut |
17
Sedih |
20
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dauswq: beregu campuran tu akn lwn gold medalist yindon nnt ..mmg harapan ler nak menang
ADVERTISEMENT