CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenal Melalui Aplikasi WeChat, Wanita Jadi Mangsa Rogol Bomoh Temberang

24-8-2017 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3891| Komen: 16

Description: Hanya mengenali melalui aplikasi WeChat, seorang wanita Melayu tanpa rasa curiga pergi ke sebuah hotel untuk bertemu seorang bomoh yang dikatakan mampu membantunya dalam masalah gangguan syaitan yang ...

Hanya mengenali melalui aplikasi WeChat, seorang wanita Melayu tanpa rasa curiga pergi ke sebuah hotel untuk bertemu seorang bomoh yang dikatakan mampu membantunya dalam masalah gangguan syaitan yang dihadapinya.


Tanpa disangka-sangkakan, tindakannya itu telah bertukar menjadi pengalaman hitam apabila dia telah dirogol oleh bomoh yang sebenarnya berniat jahat.

sumber : internet

Memetik laporan Sinar Harian, suspek dikatakan membaca jampi serapah dan memegang badan mangsa serta meminta wanita itu melayan nafsunya bagi menghilangkan pendamping di badannya. 

Bagaimanapun, mangsa menolak menyebabkan suspek merogolnya dan mengambil gambar mangsa dalam keadaan bogel.

Susulan kejadian itu, suspek bertindak mengugut mangsa akan menyebarkan gambar bogel itu jika mangsa enggan melayan nafsunya lagi. 


Mangsa kemudian membuat laporan polis di balai polis Tampin, Negeri Sembilan dan polis berjaya menahan suspek di kawasan pam minyak di Alor Gajah pada jam 11.06 malam, 16 Ogos 2017. 

Berdasarkan siasatan polis mendapati dalam telefon bimbit suspek tersimpan lima gambar wanita berbogel yang dipercayai merupakan mangsa yang pernah diperdayakan dengan menggunakan modus operandi yang sama. 

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, suspek dipercayai telah merogol mangsa pada dua tarikh dan lokasi berbeza di hotel sekitar Tampin dengan menggunakan alasan bagi membuang penyakit itu. 

"Mangsa yang merupakan pekerja kilang hanya mengenali suspek melalui aplikasi WeChat pada awal bulan Jun lalu." 

"Sebaik mangsa berjumpa dengan suspek, mangsa terus berasa keliru serta mengikuti arahan suspek sehingga dibawa ke sebuah hotel," katanya. 

Suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kes penipuan di Dang Wangi, Kuala Lumpur, sudah dua tahun melakukan kegiatan itu.

Hasil ujian urin juga mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Suspek direman sehingga hari ini dan akan disambung tahanan reman bagi membantu siasatan.- CARI
15

Bagus
31

Marah
16

Terkejut
20

Sedih
24

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 24-8-2017 11:37 AM
last2 masuk perangkap syaitan..
Quote ocho 24-8-2017 11:38 AM
ayat cliche

Hasil ujian urin juga mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Quote moonbug 24-8-2017 11:40 AM
Byk betul kes pelik2 hasil Wechat
Quote AJ88 24-8-2017 11:42 AM
bomoh pn cari kat wechat ke? hadoi.
Quote cahaya_almas 24-8-2017 11:42 AM
Mcm mana ye guna wechat ni...i tk de lak nampak org laib dlm we chat..hnya ada nama yg mmg kwn2 i je...i baru je install..sbb kwn ajar leh scan apa2 senang..hehe
Quote gigahertz 24-8-2017 12:26 PM
cahaya_almas: Mcm mana ye guna wechat ni...i tk de lak nampak org laib dlm we chat..hnya ada nama yg mmg kwn2 i je...i baru je install..sbb kwn ajar leh scan apa2 s ...
sis cuba letak gambar profail gambar awek{:spot tak.smpai 1 minit semua nak berkenalan
Quote fox. 24-8-2017 12:34 PM
wechat ni ala2 lubuk buaya dik
Quote kerunai 24-8-2017 01:07 PM
mulanya duk cari mr perfect kat wechat

last2 jumpa mr bomoh perfect beb

"beauty with brain" katanya ..
Quote luvemedaa 24-8-2017 03:34 PM
Aku sempat install 3 hari je pstu delete wechat ni. Mmg ramai bohjan nak cuba nasib .
Quote rainbow259 24-8-2017 06:04 PM
bomoh skrg pn dh ada wechat
Quote rainbow259 24-8-2017 06:05 PM
kerunai replied at 24-8-2017 01:07 PM
mulanya duk cari mr perfect kat wechat

last2 jumpa mr bomoh perfect beb

hmmm tu la kan.. bhaya skrg ni
Quote rainbow259 24-8-2017 06:05 PM
moonbug replied at 24-8-2017 11:40 AM
Byk betul kes pelik2 hasil Wechat

tula.. byk buruk dr yg baik
Quote generate 24-8-2017 06:16 PM
WeChat lagi.
Quote R2D2 24-8-2017 06:19 PM
spt biasa wartawan CARI-LTS
thread dh buka awal semlm
hari ni baru terhegeh-hegeh wartawan Cari nak buka thread
mohon delete je ID CARI-LTS

@spiderman80
Quote AvaAdore 24-8-2017 08:26 PM
Lama x guna wechat. Uninstall sbb bila click people nearby bersepah account sangap
Quote mizruncing 19-9-2017 11:16 AM
berhati2 la semua

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.394883 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top