Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan Ikon 1Malaysia Negaraku, yang melambangkan simbol pengukuhan mesej dan platform khusus bagi memupuk perpaduan negara.
Memetik laporan Bernama, majlis pelancaran ikon yang menggabungkan konsep 1Malaysia dan inisiatif Negaraku itu berlangsung di Jabatan Perdana Menteri kelmarin. Menurut beliau, penjenamaan semula ikon 1Malaysia itu adalah bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat. "Maka, kita bersetuju untuk menggabungkan kedua-dua simbol menjadi satu ikon negara supaya kita tidak ketepikan konsep 1Malaysia dan juga tidak memberi tumpuan kepada konsep 'Negaraku' seolah-olah 1Malaysia tidak wujud lagi."
"Dengan ini, 1Malaysia akan terus kita perjuangkan laungannya. Kita putuskan bahawa inilah gambaran ikon baharu untuk negara kita iaitu 1Malaysia Negaraku." Ikon terbaru itu akan diguna pakai menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Jelas beliau, konsep 1Malaysia yang dilancarkan pada Jun 2009 telah diterima sebagai satu pendekatan, falsafah dan konsep yang membawa pengertian mendalam kepada rakyat Malaysia. Tegas beliau, 1Malaysia melambangkan hasrat untuk mencapai perpaduan nasional melalui semangat kebersamaan, kebersatuan dan kerjasama serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Mengenai inisiatif Negaraku yang dilancarkan pada Mac tahun ini, Najib berkata ia mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat.- CARI
|
25
Bagus |
22
Marah |
23
Terkejut |
17
Sedih |
15
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bangcak replied at 24-8-2017 03:21 PM
bezanya, bila tambah perkataan 'negaraku' tu, semua objek yg ada logo
yg lepas PERLU ditukar bar ...
palmolive replied at 24-8-2017 03:04 PM
mentang bukan duit bapak dia kan..
suka2 ati jek
rainbow259 replied at 24-8-2017 05:52 PM
hahhah tau tkpe...
bangcak replied at 25-8-2017 10:16 AM
lepas nih jgn lupa tambah lg perkataan baru.
- 1malaysia
tagas replied at 24-8-2017 09:53 AM
Brape billiyonnn perabis semata2 utk tagline yg tak ke mana nih
ADVERTISEMENT