Kelmarin, bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi seramai 4,222 orang berkumpul sambil berpegangan tangan bagi membentuk satu rantaian buatan manusia sejauh 7.25km jaraknya sekaligus mencipta rekod dunia yang baru bagi ‘The Longest Chain of People Clasping Wrist’.
Memetik laporan Bernama, aktiviti anjuran Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Sembilan itu berjaya menarik seramai 4,222 orang menyertai termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Rantaian tanpa melepaskan tangan tersebut yang dilakukan selama 1 minit 30 saat itu, mengatasi rekod yang dipegang oleh Pakistan pada 29 September 2016 dengan penyertaan 2,950 orang. Kejayaan Negeri Sembilan itu diumumkan oleh wakil Guinness World Records, Silvai Maloof selepas melakukan penilaian yang merangkumi pelbagai aspek rantaian tersebut. Datuk Seri Mohamad Hasan mewakili kerajaan negeri menerima sijil Rekod Dunia Guinness daripada Maloof dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Mat Ali Hassan.- CARI |
6
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
5
Sedih |
14
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT