Isteri Faizal Ismail telah selamat melahirkan anak yang kelima pada 8 Ogos lalu. Pengacara terkenal yang lebih mesra dipanggil FBI itu menyatakan rasa kesyukuran kerana segalanya berjalan lancar walaupun ini kali kelima isterinya bersalin secara pembedahan.
"Saya anggap ini kuasa Allah SWT. Mungkin ada yang beranggapan bersalin secara pembedahan tidak boleh lebih daripada tiga. Tetapi jika Dia berkehendakkan begitu siapalah kita untuk menolaknya," katanya kepada Harian Metro. Sebelum ini anak keduanya meninggal dunia selepas 12 hari dilahirkan. Disebabkan itu mereka pergi untuk mendapatkan rujukan dari pakar untuk kehamilan kali ketiga, keempat dan kelima. "Alhamdulillah, selama di pantau pakar, isteri sudah tidak mengalami alahan yang teruk semasa hamil anak ketiga. Malah pakar memberitahu kami masih ada peluang untuk menimang cahaya mata lagi. "Pada saya dalam soal ini apa yang penting ialah merujuk mereka yang pakar. Jika betul caranya tidak mustahil isteri kita boleh bersalin lebih daripada tiga seperti yang saya alami sekarang, " tambahnya lagi. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Faizal Ismail dan isteri atas kelahiran bayi perempuan ini. -CARI
|
8
Bagus |
40
Marah |
15
Terkejut |
20
Sedih |
20
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
harkktuih replied at 13-8-2017 09:56 PM
Nape kalau spital gomen max beranak czer 4 kali je then dia advise utk ikat?
amiekz86 replied at 13-8-2017 10:20 PM
bestnya..murah rezeki fbi...I yg bru kguguran 3bln lpas..smpai skrg..ati ni rsa pilu sgt2
ADVERTISEMENT