Kelmarin bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam, Program Nothing to Hide 2.0 anjuran Pemuda BERSATU (ARMADA) bertukar ganas apabila beberapa individu menimbulkan kekecohan di dewan tempat berlangsungnya acara itu. Kekecohan bermula ketika sesi soal jawab bersama Tun Dr Mahathir Mohamad apabila seorang peserta mengajukan soalan berkenaan dengan tragedi Memali yang berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri. Menurut laporan Free Malaysia Today, sekumpulan peserta yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Tun Mahathir itu secara tiba-tiba membaling kasut, suar, kerusi dan botol air ke arah pentas di mana Dr Mahathir berada ketika itu.
Suar juga turut dibaling ke arah penonton yang lain, selain laungan “diamlah Kutty” turut kedengaran. Bagaimanapun beberapa petugas keselamatan berjaya melindungi dan membawa keluar bekas perdana menteri itu dari Dewan Raja Muda Musa yang menjadi tempat acara itu berlangsung. Keadaan semakin tidak terkawal apabila pihak penyokong PPBM bergaduh sesama sendiri. Berikutan kekecohan tersebut, dua lelaki dipercayai terlibat dalam provokasi yang mencetuskan huru-hara berkenaan berjaya ditangkap oleh petugas keselamatan dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Malaysiakini melaporkan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat mengesahkan tiga suspek yang ditahan itu termasuk dua pelajar kolej swasta dan seorang penganggur bagi membantu siasatan. "Kita juga akan panggil pihak penganjur untuk bantuan siasatan." Dalam pada itu, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditemui berkata, bom asap dan beberapa objek lain turut dibaling ke arah Dr Mahathir oleh pihak tertentu untuk mencederakan beliau dan mensabotaj forum itu. “Perkara ini sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk mencederakan Tun Mahathir. Semua peralatan, kerusi, botol air, kasut, suar sengaja dibaling ke arah Tun Mahathir,” kata beliau.- CARI |
16
Bagus |
22
Marah |
22
Terkejut |
14
Sedih |
26
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
GhostWalking replied at 13-8-2017 06:23 PM
Wei susah nau nak upload gambar.jilake betul
NE_KO replied at 13-8-2017 10:33 AM
settle bamghost
batmana replied at 13-8-2017 06:45 PM
wei pe la dorg gaduh2 ni
ZN naik debat ngn murtad pn tkde baling kasut bagai
ADVERTISEMENT