Malam tadi masa abanG turun ke street bersama beberapa rakan NGO/NGI, dan yang menarik perhatian abanG bila bersama Uncle Wong ini...
Uncle Wong merupakan homeless di Pudu, berasal dari Perak dan kini menetap di kaki lima Pudu, meneruskan saki baki hidup yang tinggal. Masa zaman kegemilangan Hentian Pudu, Uncle Wong ini bekerja sebagai penjaga bag di tempat penyimpanan bag Hentian Pudu, bertahun beliau bekerja di situ dengan pendapatan tetap dan tempat tinggal disediakan. Sehingga perkhidmatan Hentian Pudu dinaiktaraf dan bas diasingkan mengikut kawasan perjalanan...Perniagaan tokey kepada Uncle Wong mula merosot sehingga menyebabkan terpaksa ditutup 😓 Keinginan dan kehendak untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur menyebabkan beliau tidak mahu pulang ke kampung halaman...hasil menabung semasa bekerja di tempat menyimpan bagasi di Hentian Pudu satu ketika dahulu membuahkan hasil apabila beliau memiliki sebuah motor (bayar cash) untuk memudahkan beliau bergerak ke sana ke sini.
Selain itu memudahkan beliau bekerja jika khidmat tulang empat keratnya diperlukan. AbanG sempat selitkan pertanyaan tentang apa yang berlaku sejak dua menjak ini dengan kawan gelandangan.. Here what Uncle Wong cakap: abanG : Uncle tahu tak ape yang terjadi dengan kawan gelandangan kita ni, mana mereka? Uncle : Tahu...mereka banyak sudah kena angkut oleh pihak berkuasa, mereka bawa jauh tempat, tak tahu berapa lama akan pergi. Ini semua silap kita juga suka buat sepah suka mintak same semua orang. abanG : Uncle tahu kan pihak berkuasa tak bagi org tidur tepi jalan lagi? Uncle : Ya ya tahu...uncle pun sudah 2 kali kena soal...tapi lepas... kerana uncle kerja sini penjaga kedai lorong ini...mereka ada call majikan uncle..... so tak ade masalah. Lagi pun pihak berkuasa angkut mereka yang betul-betul tak ade kerja...jika ada kerja buat ape mereka nak ambil....sini ramai kawan homeless yang ada kerja tapi TAK KENA ANGKUT MA. abanG : Uncle tahu tak kenapa pihak berkuasa buat macam ini? Uncle : Itu hari masa bulan puasa hari2 ada orang bagi makan.... sampai jam 5 pagi mereka bagi makan.... bukan satu atau 2 group setiap malam tetapi sampai 20 ke 30 group datang setiap malam.... lepastu mereka bagi setiap seorang 5 ke 6 bungkus suruh habiskan.... kalau kita tak nak ambil mereka letak je tepi tiang,tepi pokok...... esok pagi Alam Flora sapu buang semua makanan tak tercuit... Yang kena kita juga Yang salah kita juga Yang busuk kita juga Janji mereka lepas....kita juga yang dipersalahkan...... macam kes dekat Masjid negara tu mereka viralkan buang makanan banyak kan.... Itu pasal pihak berkuasa MARAH dan buat keputusan macam ni.... abanG : Jika ada peluang apa uncle nak cakap dekat pihak berkuasa? Uncle : tak adak tak adak...... abanG: Okay lah uncle jaga diri... jaga kesihatan...jangan ambil dadah ya...nanti saya datang lagi ❤ abanG beransur ke tempat lain tinggalkan Uncle Wong dengan motor dia. Uncle Wong merupakan seorang homeless yang mempunyai kerja...gaji yang beliau dapat cukup untuk lepas duit makan dan rokok sahaja....beliau memilih untuk tinggal di kaki lima jalan bersama motor dan kerusi malasnya atas faktor kewangan yang terhad. Bukan semua homeless ini malas dan tak bekerja, mereka hanya tiada rumah dan memilih untuk tinggal di tepi jalan sebab itu namanya (homeless) Uncle wong seorang homeless MUALAF ☺ #empireproject #streetfeeding #homeless #gelandangan
|
19
Bagus |
16
Marah |
14
Terkejut |
18
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
EncikRhoma replied at 14-8-2017 09:28 AM
sesetengah orang buat program bagi makan untuk gelandangan ni macam syok sendiri pulak. Takde rasa t ...
raradhia replied at 14-8-2017 01:41 PM
kesiannya, xboleh ka gelandangan ni d bg kerja yaa? ganti mat indon bangla semua tu?
te_clone replied at 16-8-2017 09:31 AM
gelandangan pun da byk sgt ngo anta makanan... tp kan lg baik hantar ngo ni anta mknn kat student U. ...
ADVERTISEMENT