Kita biasa dengar artis luar sering mengambil jalan mudah apabila sudah tidak sanggup menanggung beban tekanan perasaan. Namun, siapa sangka penyanyi Elizabeth Tan, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy mengakui dirinya terdetik untuk menamatkan riwayatnya kerana mengalami tekanan jiwa beberapa bulan yang lalu.
"Saya tertekan dengan beberapa siri kehidupan yang saya alami ketika itu termasuk masalah percintaan, peribadi, keluarga dan agama. "Saya juga terfikir untuk menamatkan hidup saya waktu itu kerana saya rasa seperti sudah tiada tujuan hidup.
"Saya hilang akal hingga tidak mengenali diri saya," katanya kepada Astro Gempak. Lizzy bagaimanapun bersyukur kerana segera tersedar dari meneruskan niatnya itu. "Mujur saya ada keluarga terutama ibu yang sentiasa memberi semangat dan sokongan serta menerima saya dengan baik, walaupun saya pernah melakukan kesalahan besar. "Saya juga bertuah kerana ada rakan yang menasihati supaya saya tidak melakukan perkara yang sia-sia. "Saya bersyukur kerana sempat berfikir secara rasional dan segera sedar," katanya. Terdahulu, Lizzy akui percintaannya hanya bertahan lebih kurang enam bulan sahaja kerana dirosakkan orang ketiga. Sabar Lizzy, bunuh diri bukan penyelesaian kepada semua masalah. Ingatlah insan-insang yang disayangi dan menyayangi Lizzy okey? - CARI
|
18
Bagus |
19
Marah |
22
Terkejut |
16
Sedih |
14
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT