Susulan bertindak merakam aksi penyewanya mandi dalam keadaan bogel dengan menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) di inap desa miliknya tiga tahun lalu, tertuduh yang merupakan pengusaha inap desa dihukum denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di Ipoh. Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Siti Salwa Ja'afar selepas Lim Lai Heng, 45, membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja kes itu dipanggil semula kelmarin untuk perbicaraan di peringkat bela diri. Memetik laporan Berita Harian, perbuatan itu dilakukan tertuduh di Ipoh Garden Homestay, Taman Canning antara pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, 27 Julai 2014 membabitkan mangsa sekeluarga yang terdiri daripada lima perempuan dan tiga lelaki berumur 17 hingga 53 tahun. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Azriah Zaid mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Siti Salwa dalam keputusannya menetapkan denda RM8,000 atau penjara enam bulan bagi enam pertuduhan yang membabitkan enam mangsa. Manakala bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, Lai Heng didenda RM2,000 atau penjara enam bulan. Terdahulu, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan alasan pengakuan salah tertuduh dibuat terlalu lewat selepas dua tahun 10 bulan.- CARI |
14
Bagus |
19
Marah |
20
Terkejut |
22
Sedih |
31
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT