Bertempat di Ayutthaya, Utara Thailand, seorang budak 6 tahun maut setelah dua hari diberi rawatan kecemasan akibat ditinggalkan dalam bas sekolah selama lima jam oleh pemandu yang berusia 57 tahun. Memetik laporan Portal Coconuts Bangkok, pemandu tersebut dikenali sebagai Boonlerd Wattakee difahamkan tidak memiliki lesen memandu. Pada hari kejadian, dilaporkan Boonlerd terus meninggalkan bas sekolahnya ketika menyimpan di sekolah tanpa memeriksa dengan teliti samada masih tertinggal sesiapa di dalam bas sekolah itu. Akibatnya pelajar enam tahun yang bernama Chanachai Gaga Kongpol tertinggal dalam bas sekolah dan kemudian ditemui pengsan kerana terkunci dalam keadaan tanpa oksigen dan bersuhu tinggi.
Kelmarin mangsa dilaporkan meninggal dunia setelah dibawa ke hospital untuk rawatan. Ibu mangsa yang berusia 33 tahun mengambil keputusan menyumbang organ anaknya yang didapati masih normal berfungsi seperti dua biji mata dan injap jantung. Dengan harapan tindakannya itu dapat memberi kesedaran buat semua pemandu bas sekolah agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi. Kini, pemandu berkenaan telah ditahan dan akan didakwa mengikut kesalahan membunuh.- CARI |
4
Bagus |
15
Marah |
7
Terkejut |
2
Sedih |
2
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ibu mangsa yang berusia 33 tahun mengambil keputusan menyumbang organ anaknya yang didapati masih normal berfungsi seperti dua biji mata dan injap jantung.
ADVERTISEMENT