View: 1402|Reply: 6
|
Pemandu Lalai, Biarkan Murid 6 Tahun Terkunci Dalam Bas Sampai Maut
[Copy link]
|
|
sumber : Coconuts Bangkok
Bertempat di Ayutthaya, Utara Thailand, seorang budak 6 tahun maut setelah dua hari diberi rawatan kecemasan akibat ditinggalkan dalam bas sekolah selama lima jam oleh pemandu yang berusia 57 tahun.
Memetik laporan Portal Coconuts Bangkok, pemandu tersebut dikenali sebagai Boonlerd Wattakee difahamkan tidak memiliki lesen memandu.
Pada hari kejadian, dilaporkan Boonlerd terus meninggalkan bas sekolahnya ketika menyimpan di sekolah tanpa memeriksa dengan teliti samada masih tertinggal sesiapa di dalam bas sekolah itu.
Akibatnya pelajar enam tahun yang bernama Chanachai Gaga Kongpol tertinggal dalam bas sekolah dan kemudian ditemui pengsan kerana terkunci dalam keadaan tanpa oksigen dan bersuhu tinggi.
Kelmarin mangsa dilaporkan meninggal dunia setelah dibawa ke hospital untuk rawatan.
Ibu mangsa yang berusia 33 tahun mengambil keputusan menyumbang organ anaknya yang didapati masih normal berfungsi seperti dua biji mata dan injap jantung.
Dengan harapan tindakannya itu dapat memberi kesedaran buat semua pemandu bas sekolah agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi.
Kini, pemandu berkenaan telah ditahan dan akan didakwa mengikut kesalahan membunuh.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Rip. Cuai n cash utk driver x brlesen tu. Bagus lah maknya drmakn organ adik ni. Dpt bantu org yg mmerlukn. |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya. Jgnla skali2 anak2 kita jd mangsa ats kecuaian sendiri or org lain {:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti kes budak ni tertidur dlm bas and driver ingat semua dah turun! Ishhh mmg kena buat final round check la driver ni pun sebelum parking bas tu! |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga adik ni{:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
Rest In Peace dik ..
Bagus dan baik nya Ibu dia ..
Ibu mangsa yang berusia 33 tahun mengambil keputusan menyumbang organ anaknya yang didapati masih normal berfungsi seperti dua biji mata dan injap jantung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang kata seksa sangat mati sebab tak cukup oksigen ni..klu tak caya boleh lah serkupkn kepala awda dalam beg plastik kejap |
|
|
|
|
|
|
| |
|