Ambil perhatian buat mereka yang gemar membeli secara atas talian! Kini penggunaan istilah PM yang merujuk kepada Private Message jika ada bakal pelanggan berminat dengan produk dijual kini merupakan kesalahan di sisi undang-undang. Terbaru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan hari ini memberi amaran kepada peniaga atas talian supaya tidak lagi mengamalkan akronim itu ketika urus niaga. Malah peringatan keras itu turut melibatkan mana-mana laman sesawang perniagaan agar wajib memaparkan harga barangan yang dijual dan menerangkan maklumat produk dengan jelas seperti apa yang pengguna ingin tahu. Pengarah Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata tindakan ini bagi melindungi hak pengguna malah undang-undang sedia ada mewajbkan peniaga meletakkan harga dan informasi sebelum transaksi.
“Penguat kuasa KPDNKK akan memburu mereka yang didapati mengiklankan produk menerusi atas talian tetapi tidak pula menyatakan tanda harga barang dijual sama ada sengaja atau tidak.” Tegasnya lagi, peniaga terbabit perlu mengikut peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan harus memaparkan beberapa maklumat seperti berikut: *Harga perlu dibayar *Nama penjual atau syarikat *Nombor Pendaftaran Perniagaan *Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel *Keterangan produk *Kaedah pembayaran *Terma dan syarat *Anggaran masa penghantaran Individu yang gagal mematuhi lapan ketetapan asas disenaraikan oleh pihak KPDNKK boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada tahun atau kedua-duanya sekali.- CARI
|
10
Bagus |
24
Marah |
37
Terkejut |
21
Sedih |
22
Lawak |
42
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ultra78 replied at 3-8-2017 05:47 PM
Kan. Mmg bangang penjual yg suruh org pm dia
batmana replied at 3-8-2017 05:54 PM
pasni, tulis kt bwah komen tu
PM kpdnkk
cmf_premierleag replied at 3-8-2017 07:30 PM
Ada sesapa panggil saya ke?
ADVERTISEMENT