Akibat mukanya tersembam ke bantal ketika tidur di dalam buaian sehingga mengalami kesukaran bernafas, seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditemui maut oleh ibunya yang pulang dari kerja. Kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 7.30 pagi kelmarin di kediaman keluarga mangsa yang bertempat di Teluk Kumbar, Bayan Lepas. Menurut ibu mangsa, Melati Mohammad @ Ahmad, ketika kejadian suaminya Faizul Firdaus berada di rumah bersama mangsa, Faris Rayyan Qhumainy. "Saya melihat Faris tertiarap dengan mukanya tersembam ke bantal di dalam buaian dan sudah tidak sedarkan diri serta pucat."
" Faris baru pandai meniarap beberapa hari lalu, " katanya dalam keadaan yang sedih. Kemudian, suaminya segera membawa bayi itu ke Hospital Balik Pulau. Namun setelah periksa, doktor mengesahkan Faris sudah meninggal dunia. Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu, Teluk Kumbar selepas urusan bedah siasat selesai. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A Anbalagan mengesahkan tentang kejadian tersebut.- CARI |
21
Bagus |
28
Marah |
24
Terkejut |
13
Sedih |
18
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
vanillaninja replied at 3-8-2017 10:19 AM
Kenapa the father tak monitor arwah baby ni walaupun baby tengah tidur? Nak2 dah pandai meniarap? Na ...
kucen_miang replied at 3-8-2017 03:12 AM
ayah bz dok wechat. mesti lama tersembam tu.
innalillah.
ADVERTISEMENT