Vlog biasanya dijadikan sebagai platform untuk merakamkan aktiviti harian menjadi satu jurnal dan dikongsikan kepada orang ramai. Rasanya dah biasa sangat kita tengok vlog anak muda, tapi kali ini memang 'rare' sebab wanita yang dah berusia 70 tahun menjadi bintang Youtube.
Park Mak Rye dari Korea Selatan digelar sebagai 'Nenek Youtube' kerana video kehidupan sehariannya dirakam dan menjadi tular di media sosial. Pelbagai kisah lucu, sampailah pengalamannya pergi melancong dikongsikan dengan netizen. Siap buat tutorial solekan ya! Segalanya bermula bila dia merakamkan video pengalamannya menyelam dalam laut yang sekaligus menarik perhatian ramai warga Korea. Menurut Daily Mail, Mak Rye aktif melakukan semua ini untuk mengurangkan risiko nyanyuk. Disebabkan itu, ada sahaja gelagat yang mencuit hati, lagi-lagi bila dia menonjolkan kehidupan sebagai seorang warga tua yang bergaya dengan fesyen terkini. Menggunakan nama dalam talian sebagai Korea Grandma, warga emas ini berjaya mengumpul ramai pengikut di saluran Youtube dan ada lebih dari 100 ribu pengikut di Instagram. Saksikan video Mak Rye di bawah: Boleh dijadikan inspirasi, walaupun sudah tua tapi tetap aktif dan ceria dalam menjalani kehidupan. -CARI |
44
Bagus |
27
Marah |
33
Terkejut |
50
Sedih |
25
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT