CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Buang Hampas Teh Kalau Nak Wajah 'Flawless'

1-8-2017 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11605| Komen: 44|Original author: Oleh: Maly Rosli

Mungkin ramai tahu manfaat hampas teh yang bagus untuk merawat kulit. Namun, ramai tak yang mempraktikkan penggunaan hampas teh dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kulit?



Mungkin jika anda tahu apa dia manfaat sebenar hampas teh seperti dilaporkan portal Vemale, anda tidak akan membuangnya begitu sahaja tanpa memanfaatkan khasiatnya terlebih dahulu.

Teruskan pembacaan jika mahu tahu lebih lanjut!


1. Awet Muda

Foto: Women Health Blog


Setiap wanita pasti berasa takut wajah kelihatan tua sebelum usia. Bertenang! Hampas teh mampu membuat kulit anda lebih tegang.

Caranya mudah sahaja, hanya perlu sapukan hampas teh yang masih lembab ke serata wajah dan biarkan ia kering. Kemudian, bersihkan dengan air suam.

Kandungan antioksidan yang tinggi dalam teh membantu menegangkan kulit serta melawan tanda penuaan kulit seperti garis-garis halus dan kedutan.


2. Menghilangkan Mata Panda!

Foto: wikiHow

Lelah bekerja seharian di pejabat boleh menyebabkan timbulnya kantung mata seperti mata panda! Selain krim mata, kandungan antioksidan dalam teh dapat megurangkan pembekakan di sekitar kawasan mata.

Celupkan kantung teh ke dalam air sejuk dan tekap pada mata, biarkan beberapa minit, lalu dibilas dengan air bersih.


3. Jerawat Muncul? No Hal Lah!

Foto: AOL.com

Daripada membazir hampas teh begitu sahaja, apa kata anda campurkannya dengan sedikit air dan oleskan pada kawasan berjerawat. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam sehingga bersih. 

Lakukan setiap hari supaya jerawat mengecut lebih pantas. Kandungan katekin dalam teh dapat melawan bakteria penyebab jerawat. 


4. Mengawal Kulit Berminyak

Foto: makeupandbeauty.com

Selain mengurangkan jerawat, hampas teh bermanfaat mengatur keseimbangan kadar gula yang mempengaruhi penghasilan kelenjar sebum, sekali gus menyebabkan minyak berlebihan.

Caranya sama seperti kaedah merawat masalah jerawat, tetapi disapukan ke seluruh wajah.


5. Boleh Dijadikan Skrub Muka!

Foto: Internet

Tektur hampas teh yang kasar boleh dimanfaatkan untuk megelupas sel mati selain menghapuskan kotoran dan debu pada wajahMalah, ia sangat bagus dalam menghaluskan kulit wajah serta mencerahkan.

Caranya sama macam skrub muka dan urut sekitar 5-10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Tapi ingat! Jangan terlalu rajin sampai buat lebih dari dua kali seminggu ya. Ini bagi mengelakkan lapisan kulit menipis.


Bagi mengelak masalah kulit, elakkan daripada menggunakan hampas teh yang sebelumnya bercampur dengan bahan lain seperti gula, susu dan lain-lain. 

Mudah saja, bukan? Murah pula tu. Semoga berjaya! - CARI
36

Bagus
29

Marah
29

Terkejut
26

Sedih
19

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (165 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 1-8-2017 01:49 PM
boleh la guna teh expired dalam lemari tu..
mujur lom buang
klu teh ada perasa tu boleh guna tak?
mint tea, english tea etc etc?
Quote namr 1-8-2017 02:12 PM
Hari2 buat teh tarik buang jr hampas tu..pasni aku tonyoh kat muka pulak..
Quote harrypoter 1-8-2017 02:23 PM
kalau pakai kat opis mau kena hencap dgn opismet ni
Quote jazaa100 1-8-2017 02:44 PM
Aku baca KT internet hampas teh pun bagus utk tsnaman....aku bubuh hampas teh kat pokok kesum aku....terus meninggal....

Hampas the hijau lagi....
Quote prettyuglybabe 1-8-2017 03:06 PM
jazaa100 replied at 1-8-2017 02:44 PM
Aku baca KT internet hampas teh pun bagus utk tsnaman....aku bubuh hampas teh kat pokok kesum aku... ...

kalau nak taruk baja hampas kopi atau teh, orang kata letak keliling pokok tu..
bukan atas dia/batang dia kaka..
Quote jazaa100 1-8-2017 03:16 PM
prettyuglybabe replied at 1-8-2017 03:06 PM
kalau nak taruk baja hampas kopi atau teh, orang kata letak keliling pokok tu..
bukan atas dia/ba ...

Akk letak sekeliling le babe....ppkok kesum akk dlm pasu blm di pindah ke tanah
Quote prettyuglybabe 1-8-2017 03:19 PM
jazaa100 replied at 1-8-2017 03:16 PM
Akk letak sekeliling le babe....ppkok kesum akk dlm pasu blm di pindah ke tanah

ada jenis tak boleh kot dengan baja kopi/teh..mujur sy tak pernah tabur..
tapi tak tabur pun mati gak
Quote syidasaleh 1-8-2017 03:42 PM
housemate iols suka simpan hampas teh dlm fridge.masalahnya byk pastu 1 teabag 1 bekas.semak peti ais. {:yameteh
Quote chinta89 1-8-2017 03:50 PM
dh penah buat tp M>A>L>A>S so x dpt tgk hasil mcmne.

Quote miemiecha 1-8-2017 04:14 PM
di jamin menjadi ek.. nk try lah
Quote armin 1-8-2017 04:16 PM
Edited by armin at 3-8-2017 11:14 PM

Dulu rajin buat lama2 lupa. Buat dlm seminggu tu dua tiga kali utk buang sel kulit mati, campur dgn plain yogurt utk lembabkan kulit. Memang kulit jd cerah sikit sbb habis tanggal sel2 kulit mati. Sebelum letak mask tu, wap dlu muka dgn air panas. Dah terbukak liang2 roma tu, baru letak mask yogurt+hampas teh. Dah kering dalam 10 minit, scrub muka tu dengan hampas teh yg korang buat jadi mask tu. jadilah cantik. kalau rajin amalkan memang kulit muka glowing dan apa2 produk yg korang letak kat muka jadi lebih berkesan sbb dah tanggal sel kulit mati tu. meols selang seli dgn mask honey dalam seminggu.
Quote penhitammm 1-8-2017 05:06 PM
armin replied at 1-8-2017 04:16 PM
Dulu rajin buat lama2 lupa. Buat dlm seminggu tu dua tiga kali utk buang sel mati kulit, campur dgn  ...

menarik...first time dengar hampas teh n yogurt.
kalau guna yogurt berperisa takpe ke?
Quote ItisDD 1-8-2017 05:18 PM
Dulu rajin wat guna hampas teh hijau

La ni kemalasan melanda, hampas tu buang gitu jer
Quote @chik 1-8-2017 07:47 PM
Tried.. Muka rasa halus ja.. Tp malas la nk buat sllu {:run
Quote ShiningStars 1-8-2017 10:33 PM
Nak cuba la lps ni..selalunya buang je hampas teh
Quote MsKathryn 1-8-2017 10:52 PM
Info bagus ni
Quote carly_lah 2-8-2017 12:12 AM
mujur carly dah cantik jelita, x payah la guna hampas2 ni dah... tonyoh dgn berus sabut aje... mulus je rasa kulit....
Quote bc85 2-8-2017 09:29 AM
kena rajin je
Quote bc85 2-8-2017 09:29 AM
kena rajin je

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.060391 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top