Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang di mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Memetik laporan Oriental Daily News, saman fitnah ini susulan kenyataan Lim Guan Eng terhadap bekas ketuanya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang didakwa menjual tanah tambak dengan harga RM1 untuk sekaki persegi. Menurutnya, Lim GUan Eng berulang kali mengeluarkan kenyataan berhubung isu penjualan tanah yang berunsur fitnah sehinggakan sebahagian rakyat mulai percaya. Jadi parti Gerakan perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi mengembalikan nama baik Tan Sri Dr Koh dan kewibawaan parti Gerakan. Pagi tadi kira-kira 10 pagi, beliau memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan Baljit Singh.
Baljit Singh berkata, parti Gerakan hanya menuntut Lim Guan Eng secara terbuka memohon maaf pada parti Gerakan dan penduduk Pulau Pinang. Namun demikian, parti Gerakan tidak menuntut sebarang ganti rugi, segalanya terserah pada mahkamah untuk membuat keputusan.- CARI
|
4
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
10
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT