CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terdapat Babak Hina & Cemar Imej Islam, Drama Korea Ini Dikecam Netizen

25-7-2017 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 13019| Komen: 106

Description: Sejak disiarkan 19 Julai lalu, drama komedi Korea Selatan yang berjudul Man Who Dies To Live dikatakan telah menghina dan mencemarkan imej Islam, akibatnya menimbulkan ketidakpuasan pengguna maya.

sumber : www.koreandrama.org


Fenomena gelombang Korea bukanlah suatu perkara yang baru di negara kita. 

Malah, gelombang yang berasal dari Korea Selatan ini telah berjaya 'merasuk' jutaan peminat di seluruh dunia.

Bagi peminat drama Korea (K-drama) khususnya, ramai peminat yang mengaku menjadi ketagih dan sukar untuk berhenti menonton.

Namun baru-baru ini ada sebuah drama komedi Korea Selatan berjudul 'Man Who Dies To Live' yang disiarkan sejak 19 Julai lalu dikatakan menghina dan mencemarkan imej Islam, akibatnya menimbulkan ketidakpuasan pengguna maya dan menyinggung perasaan penonton beragama Islam.

Memetik laporan Jakarta Post, kisah drama tersebut menceritakan kisah Jang Dal-goo, lakonan Choi Min-soo menjadi kaya ketika menjelajah ke sebuah bandar di Asia Barat.



Antara babak yang menimbulkan kemarahan netizen terutamanya penonton Islam, apabila Dal-goo yang diberi nama Arab iaitu Saeed Fahd Ali kelihatan berbaju jubah dan serban serta disambut oleh wanita yang memakai baju renang.

Malah satu lagi babak menampilkan pelakon itu meminum air wain ketika sarapan dengan lengkap berpakaian seperti orang Arab.

Yang paling kontroversi adalah babak ketika Dal-goo duduk sambil meletakkan kaki di atas senaskah buku yang dipercayai Al Quran.

Syarikat MBC kemudian meminta maaf di akaun sosial media rasmi milik mereka dan berkata bahawa semua karakter, nama, dan tempat adalah rekaan semata-mata.

"Kami meminta maaf sekiranya telah mengguris hati mana-mana pihak kerana drama tersebut," jelas kenyataan itu yang dikeluarkan dalam bahasa Arab, Inggeris dan Korea.

MBC juga memberitahu bahawa mereka akan mengambil langkah yang lebih berhati-hati dalam produksi filem.- CARI


3

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 25-7-2017 04:42 PM
x tgk pn drama ni x tertarik pn nk tgk

bc kt soompi ramai fans kdrama marah

org korea sendiri pn marah buat drama rendah2kan islam
Quote bawangputeh 25-7-2017 04:57 PM
Mohon peminat kpop mnyumbang sekerat 2 kerat comment
Quote algantangi 25-7-2017 05:03 PM
Orng yg minat korea tahap gaban ni ngok...

Minat kerana rupa paras.. Dan jdi gile obses.. Itu makanan nafsu namanya... Bgi aku mereka tu kategori amrod... Ulama bahas panjang lebar bnda ni.. Dosa kering....  
Quote MousemickeyU 25-7-2017 05:16 PM
Edited by MousemickeyU at 25-7-2017 05:26 PM

So korean ni dah ke hala macam US menghina islam ke...tak payah agungkan sangat dorang tu.. elok2 aku neutral je tengok dorang dulu terus menyampah...aku start menyampah dengan dorang bila aku saje2 holiday di korea entah bagi aku macam poyo je dorang.(opps lagi satu aku bukan fans kpop tapi aku teringin nak jalan2 apa yang best dekat sana)... bagi aku orang korea tak berapa friendly dengan tourists..kalau tak pandai english pun orang jepun ok je aku jumpa.. sgt helpful walaupun depa tak reti english langsung... so aku dah pangkah dgn negara korea.. maybe time tu nasib aku malang kot dpt jumpa korean poyo.. ekkkkkk
Quote miemiecha 25-7-2017 05:17 PM
mek x minat korea.. jdmek x tau cite.. hehehe mek tertengok tdots je
Quote minguk 25-7-2017 05:22 PM
Malah satu lagi babak menampilkan pelakon itu meminum air wain ketika sarapan dengan lengkap berpakaian seperti orang Arab.


orang arab pun bukan semua islam.. kenapa nak begitu sensitif?
Quote nobito 25-7-2017 05:28 PM
Edited by nobito at 25-7-2017 05:29 PM

Hina Arab = Hina Islam.???? Ini Auta

Melayu lebih Islam dari bangsa Arab.....ini fakta!

Hina Melayu baru betul2 menghina Islam
Quote matchstick 25-7-2017 05:35 PM
Xtgk citer ni..mcm x best je jln cerita. Para pelakon pun x menarik hati. Tp btol ke ada babak letak kaki atas Quran..itu sudah melampau. Boikot lah drama mbc lps ni
Quote Artemesiaa 25-7-2017 05:37 PM
Dah tak yah nak kecoh lagi penayangan drama ni dah pun dibatalkan untuk penyiaran dengan serta merta berserta ucapaan mohan maaf dari pihak Oh!K Channel Korea
Quote Decaffeinated 25-7-2017 05:38 PM
Spt biasa melayu yg akan lelebih sentap....

Ereb sendiri pun senyum sinis ja...

Quote matchstick 25-7-2017 05:38 PM
MousemickeyU replied at 25-7-2017 05:16 PM
So korean ni dah ke hala macam US menghina islam ke...tak payah agungkan sangat dorang tu.. elok2 ak ...

Rasanya bukan sbb nasib malang jumpa org korea poyo. Housemate aku dulu yg hantu drama korea n kpop pun bila pegi sana terkejut tgk perangai sombong diorg. Nk tumpang bertanya pun depa x layan. Jalan stret menonong.
Quote chazey 25-7-2017 05:46 PM
Edited by chazey at 25-7-2017 05:48 PM

Tertengok komen kat youtube skrinshot setting of place drama ni kat imaginary place called BODOANTIA katanya?

HAHAHA! Memang nganjing ka hapa?!!
Quote KILL_NANCY 25-7-2017 05:58 PM
aku tak kisah sangat pasal arab minum wain ke apa.tapi bab dia letakkan kaki atas al quran tu betul ke?kalau betul memang celaka la..
Quote MousemickeyU 25-7-2017 05:59 PM
matchstick replied at 25-7-2017 05:38 PM
Rasanya bukan sbb nasib malang jumpa org korea poyo. Housemate aku dulu yg hantu drama korea n kpo ...

Hahaha so kawan kau macam mana sejak tu? Masih minat kpop ke  
Quote Madel 25-7-2017 06:00 PM
Cite apa ni...asal aku tak tau..mesti drama gred E .
Skrg pun kpop dah tak mcm dulu..zaman kegemilangan kpop dah hampir berlalu..
Idols group yg baru2 ni mmg 1 pun tak menarik perhatian aku..rindu nya zaman2 old kpop dulu2..drama pun mcm gitu..hero nya kebnyaka  bbnu..choiii
Quote matchstick 25-7-2017 06:02 PM
MousemickeyU replied at 25-7-2017 05:59 PM
Hahaha so kawan kau macam mana sejak tu? Masih minat kpop ke

Minat diteruskan mcm biasa
Quote hyie 25-7-2017 06:06 PM
Madel replied at 25-7-2017 06:00 PM
Cite apa ni...asal aku tak tau..mesti drama gred E .
Skrg pun kpop dah tak mcm dulu. ...

bukan sebab dah x best sis, tapi sebab chuols dah kertu it's about time katanya
Quote xtahumenahu 25-7-2017 06:13 PM
aku baru lee tgk satu siri...mmg cam bodo pon cite ni
tapi xtau le plak ada isu nih
btol ke dah ditamatkan tayangan???nanti aku cek
Quote cmf_blingblings 25-7-2017 06:14 PM
ehhh bukan minah-minah hijabista minat Korea sesgt-sgt

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.062989 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top