Fenomena gelombang Korea bukanlah suatu perkara yang baru di negara kita.
Malah, gelombang yang berasal dari Korea Selatan ini telah berjaya 'merasuk' jutaan peminat di seluruh dunia.
Bagi peminat drama Korea (K-drama) khususnya, ramai peminat yang mengaku menjadi ketagih dan sukar untuk berhenti menonton.
Namun baru-baru ini ada sebuah drama komedi Korea Selatan berjudul 'Man Who Dies To Live' yang disiarkan sejak 19 Julai lalu dikatakan menghina dan mencemarkan imej Islam, akibatnya menimbulkan ketidakpuasan pengguna maya dan menyinggung perasaan penonton beragama Islam.
Memetik laporan Jakarta Post, kisah drama tersebut menceritakan kisah Jang Dal-goo, lakonan Choi Min-soo menjadi kaya ketika menjelajah ke sebuah bandar di Asia Barat.
Antara babak yang menimbulkan kemarahan netizen terutamanya penonton Islam, apabila Dal-goo yang diberi nama Arab iaitu Saeed Fahd Ali kelihatan berbaju jubah dan serban serta disambut oleh wanita yang memakai baju renang.
Malah satu lagi babak menampilkan pelakon itu meminum air wain ketika sarapan dengan lengkap berpakaian seperti orang Arab.
Yang paling kontroversi adalah babak ketika Dal-goo duduk sambil meletakkan kaki di atas senaskah buku yang dipercayai Al Quran.
Syarikat MBC kemudian meminta maaf di akaun sosial media rasmi milik mereka dan berkata bahawa semua karakter, nama, dan tempat adalah rekaan semata-mata.
"Kami meminta maaf sekiranya telah mengguris hati mana-mana pihak kerana drama tersebut," jelas kenyataan itu yang dikeluarkan dalam bahasa Arab, Inggeris dan Korea.
MBC juga memberitahu bahawa mereka akan mengambil langkah yang lebih berhati-hati dalam produksi filem.- CARI
Post time 25-7-2017 05:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Orng yg minat korea tahap gaban ni ngok...
Minat kerana rupa paras.. Dan jdi gile obses.. Itu makanan nafsu namanya... Bgi aku mereka tu kategori amrod... Ulama bahas panjang lebar bnda ni.. Dosa kering....
Post time 25-7-2017 05:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by MousemickeyU at 25-7-2017 05:26 PM
So korean ni dah ke hala macam US menghina islam ke...tak payah agungkan sangat dorang tu.. elok2 aku neutral je tengok dorang dulu terus menyampah...aku start menyampah dengan dorang bila aku saje2 holiday di korea entah bagi aku macam poyo je dorang.(opps lagi satu aku bukan fans kpop tapi aku teringin nak jalan2 apa yang best dekat sana)... bagi aku orang korea tak berapa friendly dengan tourists..kalau tak pandai english pun orang jepun ok je aku jumpa.. sgt helpful walaupun depa tak reti english langsung... so aku dah pangkah dgn negara korea.. maybe time tu nasib aku malang kot dpt jumpa korean poyo.. ekkkkkk
Post time 25-7-2017 05:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Xtgk citer ni..mcm x best je jln cerita. Para pelakon pun x menarik hati. Tp btol ke ada babak letak kaki atas Quran..itu sudah melampau. Boikot lah drama mbc lps ni
Dah tak yah nak kecoh lagi penayangan drama ni dah pun dibatalkan untuk penyiaran dengan serta merta berserta ucapaan mohan maaf dari pihak Oh!K Channel Korea
Post time 25-7-2017 05:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
MousemickeyU replied at 25-7-2017 05:16 PM
So korean ni dah ke hala macam US menghina islam ke...tak payah agungkan sangat dorang tu.. elok2 ak ...
Rasanya bukan sbb nasib malang jumpa org korea poyo. Housemate aku dulu yg hantu drama korea n kpop pun bila pegi sana terkejut tgk perangai sombong diorg. Nk tumpang bertanya pun depa x layan. Jalan stret menonong.
Post time 25-7-2017 06:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Cite apa ni...asal aku tak tau..mesti drama gred E .
Skrg pun kpop dah tak mcm dulu..zaman kegemilangan kpop dah hampir berlalu..
Idols group yg baru2 ni mmg 1 pun tak menarik perhatian aku..rindu nya zaman2 old kpop dulu2..drama pun mcm gitu..hero nya kebnyaka bbnu..choiii