CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pita Suara Rosak, Adele Terpaksa Guna Bahasa Isyarat

19-7-2017 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7395| Komen: 35|Original author: Oleh: Maly Rosli

'Kehilangan' suara adalah mimpi ngeri bagi kebanyakan penyanyi di dunia ini. Tanpa suara, bagaimana seorang penyanyi dapat menzahirkan keghairahan mereka dalam bidang nyanyian, kan?


Dan baru-baru ini, The Sun melaporkan penyanyi bersuara emas Adele, terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi berikutan gangguan pada pita suaranya.



Ketika dia membatalkan dua konsert yang dijadualkan pada awal bulan ini di Stadium Wembley, London, Adele menyuarakan kebimbangannya kalau-kalau dia tidak dapat menyanyi lagi selepas ini.

Sementara menunggu pita suaranya pulih, Adele dinasihatkan untuk berdiam diri sahaja bagi memberi ruang pita suaranya untuk sembuh.




Media melaporkan, Adele terpaksa berdiam diri sepanjang membuat lawatan bagi memilih sekolah untuk anaknya, Angelo, 4, dan terpaksa menyerahkan segala perbincangan kepada suami, Simon Konecki.

Adele tidak mengeluarkan walau sepatah perkataan meskipun dihampiri orang ramai yang bertanyakan kenapa dia hanya berdiam diri. 

Difahamkan, Adele hanya membuat beberapa isyarat tangan secara rambang yang 'direkanya' untuk berkomunikasi dengan suami.


Foto: IG Adele

Tambah sumber, pasangan berkenaan akan kembali ke United Kingdom (UK) sepenuh masa.

Lawatan sekolah berkenaan menguatkan lagi khabar berkenaan yang dilihat sebagai persiapan mereka untuk berpindah dari Los Angeles.

Diharap Adele bersabar dengan dugaan ini dan cepat sembuh. - CARI
30

Bagus
26

Marah
30

Terkejut
24

Sedih
14

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qistiena 19-7-2017 04:11 PM
kesiannya...
Quote SerundingDaging 19-7-2017 04:19 PM
ouchhhhh...
Quote DeeHanania 19-7-2017 05:01 PM
Ksian yer...
Quote miemiecha 19-7-2017 05:24 PM
nayaaaa.... ade insureng dop?
Quote spankee_fili 19-7-2017 06:12 PM
owh adele....gwssss.......!i love you adele....!!!!

peminatgilakadele...
Quote idakamaruddin 19-7-2017 06:13 PM
so pas ni kalau x elok peti suara tu dia akan bisu ke cane

in case mcmtu nnt kene cari keje lain la ye
Quote AlienGurlz 19-7-2017 08:52 PM
Bersara je la. Duit pun dah banyak kan.
Buat bisnes ke.
Quote RatuDunia94 19-7-2017 09:00 PM
AlienGurlz replied at 19-7-2017 08:52 PM
Bersara je la. Duit pun dah banyak kan.
Buat bisnes ke.


Bukan jd bisu.. Boleh je bercakap.. Tp ada certains notes yg dia x boleh hit la.. Note2 tinggi of coz dh x sampai.. Mcm mendiang whitney pita suara dia rosak terus suara jd kelaut..
Sbb tu penyanyi ni kena nyanyi ikut teknik yg betul.. Kalo salah teknik gini la jadinya..
Quote kukukatablog 19-7-2017 09:29 PM
adele dulu pernah jadi cam ni kan,
peti suara dia rosak, n wat operation,
doktor kata 50-50 dia boleh menyanyi,
dan dia kna avoid alcohol n smoking.....

dia mcm x sangka dia dpt nyanyi balik,
sbb benda ni pernah terjadi pada Julie Andrews,
dan dia x leh nyanyi sampai sekarang....
Quote kukukatablog 19-7-2017 09:30 PM
aku rasa paling perit nak nyanyi lagu All I Ask,
rasa nak pecah kepala nak hit note cam dia nyanyi....

dia pun struggle nak nyanyi lagu ni live.....
Quote mbhcsf 19-7-2017 10:07 PM
Edited by mbhcsf at 19-7-2017 10:09 PM

adele and ellie goulding pun - kalau tengok dia nyanyi First time feat Kygo piano tunes - which is so nice, kita akan dengar sign vocal folds dia dah hoarse / serak.

i read somewhere - depa yg penyanyi professional ni mesti kena ada singing coach yg tahu tentang penjagaan suara , voice physician : ENT and Speech Language Therapist.

ni kena consult.
Quote armin 19-7-2017 10:53 PM
kukukatablog replied at 19-7-2017 09:29 PM
adele dulu pernah jadi cam ni kan,
peti suara dia rosak, n wat operation,
doktor kata 50-50 dia bo ...

Yeke.. kesiannya. Patutnya dia takleh main nyanyi je kan. Singer mcm beyonce, christina aguilera semua takde problem mcm ni ke? Rasanya depa mmg jaga betul suara sbb tu periuk nasik. Patutnya adele mmg kena ada coach yg jaga. Ke mmg ada tp tetap blh rosak pita suara dia?

Btw patutla kan before keluar latest album ni 2 tahun dia senyap. Tp baru 2 album dah jadi cmni
Quote kukukatablog 19-7-2017 11:29 PM
armin replied at 19-7-2017 10:53 PM
Yeke.. kesiannya. Patutnya dia takleh main nyanyi je kan. Singer mcm beyonce, christina aguilera s ...

rasanya for sure dia mesti ada coach,
even celine dion pon still lagi guna coach utk warm up sebelum nyanyi....

25 album ke3 dia....
sbb tu album 21 dia x buat tour sbb masalah suara,
rasanya royal albert hall konsert terakhir sblum suara dia pecah waktu tuh....



Quote JDT 20-7-2017 01:36 AM
kukukatablog replied at 19-7-2017 09:30 PM
aku rasa paling perit nak nyanyi lagu All I Ask,
rasa nak pecah kepala nak hit note cam dia nyanyi. ...

Btw..Shila Amzah cover lagu All I Ask ni kat youtube sedap juga kan..
Quote numbstitch 20-7-2017 02:48 AM
Adeh... Aku baca tajuk dok pikir macam mana nyanyi guna bahasa isyarat hahahahaa noob
Quote CrowneGlory 20-7-2017 09:27 AM
akak baca kat dailymail ramai jag kokesen ckp rosak pun takper ko nyanyi live pun bukannya sedap...
Quote KucingKedai 20-7-2017 10:51 AM
Alahai kesiannya..
Quote WajibulGhunah 20-7-2017 10:53 AM
Get well soon adelelelelelele
Quote vanillaninja 20-7-2017 12:50 PM
Kesian Adele, dah la menyanyi cara sheols cari rezeki. But kalau sheols tak nyanyi dah pun, dah cukup banyak duit sheols untuk 7 keturunan kan.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.045642 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top