|
Jun lalu, pemain bola sepak terkenal dunia Cristiano Ronaldo baru sahaja dilaporkan menerima anak kedua dan ketiganya yang merupakan anak kembar melalui ibu tumpang. Akan tetapi, Daily Mail melaporkan baru-baru ini Ronaldo pula mengesahkan teman wanitanya Georgina Rodriguez ketika ini sedang mengandung anak keempatnya. Berita kehamilan Rodriguez amat menggembirakan pemain bola sepak pujaan ramai itu. Rodriguez yang mula bercinta dengan Ronaldo tahun lalu dikatakan sangat menyayangi anak kembar teman lelakinya itu dan juga anak sulung Ronaldo, Cristiano Jr yang kini berusia 7 tahun. Menamakan anak kembarnya sebagai Eva dan Mateo, sehingga kini status ibu kepada anak kembarnya masih kekal misteri.
Desas desus yang mengatakan Rodriguez sedang mengandung mula bertebaran apabila perutnya menampakkan 'baby bump'. Biarpun ibu kepada Rodriguez menafikan berita tersebut, namun Ronaldo melalui saluran berita Sepanyol mengesahkan berita baik ini dan sekaligus mahu berkongsi kisah gembira ini dengan peminatnya.- CARI |
|
22
![]() Bagus |
28
![]() Marah |
28
![]() Terkejut |
42
![]() Sedih |
29
![]() Lawak |
38
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity



HannahMontana replied at 19-7-2017 09:20 PM
takut nak kahwin tp xkisah mengotey
klau dia kawin n kmudian brcerai, hbis la exwife dia tntut hrta dia yg brbilion tu, rugi la dia
klau xkawin, klau brpisah pun awek dia xdpt tntut apa2. Ada ank ni blh la dpt ckt bhagian ank
ADVERTISEMENT