Meriahnya rumah dengan kehadiran adik beradik yang ramai, memang tak pernah sunyi dalam rumah, ada sahaja karenah masih-masing. Namun bagi ibu bapa yang dikurniakan anak ramai sebegini, mesti pening juga kadang-kadang sebab setiap anak, mesti ada cara dan perangai yang berbeza.
Kalau disuruh mandi, pasti ada beribu cara mahu mengelak. Itu belum masuk lagi bab liat bangun pagi, alahai serabut kepala. Kesabaran yang tinggi perlu ada pada setiap ibu dan bapa, kalau tidak boleh 'meletup' sebab marah. Tips dari seorang ayah yang dikenali sebagai Baharuddin Mohamed ini boleh dijadikan panduan bagi mereka yang mempunyai ramai anak. Tips Ayah Ramai Anak 1. Minta anak-anak siapkan semua beg sekolah dan kerja sekolah mereka sebelum tidur. 2. Jangan tidur lewat. 3. Kejutkan mereka dengan kemanjaan, jangan marah-marah, pagi-pagi akan kacau mood mereka. 4. Doakan mereka, tengok mata mereka masa hantar mereka ke sekolah. Anak-anak akan mudah dapat ilmu apa yang cikgu ajar di sekolah. 5. Maafkan anak-anak kita. 6. Anak yang besar dan remaja, solat berjamaah subuh dan minta dia membaca Al-Quran semuka dua. Kata-katanya yang begitu mendalam adalah, "Anak kita cerminan diri kita." Jom cuba praktikkan mulai dari sekarang. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat melalui perkongsian ini. -CARI |
10
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sabar_sabariah replied at 10-7-2017 03:50 PM
aku tengok gambr dia kat atas dengan anak2 nya
aku kata, ramainya anak dia..
pastu bila aku kira
hockkeong31 replied at 10-7-2017 05:08 PM
anak sekarang, education tak murah, i tak boleh afford
ADVERTISEMENT