Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar Perdana Menteri Najib Razak dan pemimpin Umno “muka tebal, tak tahu malu” dalam isu tuntutan rampasan aset dipercayai berkaitan 1MDB yang difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS). Memetik laporan Malaysiakini, bekas perdana menteri itu berkata tuduhan pemimpin Umno tertentu yang mengatakan beliau dalang di sebalik tuntutan DoJ itu sangat mengarut dan tidak masuk akal. Dalam catatan terbaru di blognya, Dr Mahathir secara sinis berkata beliau bangga kerana mendakwa sebagai seorang yang tidak berkuasa, beliau boleh "mengarahkan DOJ melakukan sesuatu". "Jika saya dapat arah sebuah agensi Kerajaan AS, lama sudah sipolan-sipolan ditangkap dan dituduh mencuri berbilion dolar Amerika. Dah lama sudah hukuman yang setimpal dikenakan kepada sipolan itu," katanya.
“Hanya yang bangang akan percaya. Berkesan sungguh dedak yang dimasukkan ke dalam telinga, mata dan mulut oleh Najib, raja wang tunai,” katanya. Mahathir dan pembangkang telah dituduh menggunakan kuasa asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara itu, tidak lama selepas DOJ mengemukakan saman sivil ketiga bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB pada 15 Jun. |
10
Bagus |
22
Marah |
9
Terkejut |
17
Sedih |
19
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT