CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Veterinar Serbu Rumah Aliff Syukri Sebab Dera Dodi, Biar Betul?

17-6-2017 02:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17450| Komen: 90|Original author: Oleh: Maly Rosli

Alamak! Terkejut Datuk Aliff Syukri bila diserbu dua agensi penguatkuasa selepas ada orang mendakwa dia mendera kucing peliharaannya, Dodi di rumahnya, semalam.

Memetik Sinar Harian, operasi sekitar jam 10 pagi itu disertai kira-kira 15 anggota Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perhilitan (Perhilitan) Selangor.

Jurucakap penguat kuasa veterinar berkata operasi itu mengambil masa lebih kurang satu jam untuk melakukan pemeriksaan fizikal dan tempat peliharaan Dodi.



“Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya.

“Malah, Datuk Aliff mempunyai permit sah untuk membeli kucing tersebut,” katanya.


Foto: Sinar Harian

Bagaimanapun, pengasas produk kecantikan itu dinasihatkan untuk menambaihbaik tempat peliharaan Dodi.

“Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya.

“Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik,” katanya.

Sementara itu, Aliff akui dia terkejut apabila pihak berkuasa ke rumahnya untuk melakukan pemeriksaan terhadap kucing baka Savannah berkenaan dan kesal dengan tuduhan liar pihak tertentu.


Foto: IG Aliff Syukri

“Anggota pihak berkuasa terkejut bila lihat saiz Dodi, yang agak besar daripada tumbesaran yang sepatutnya dan mereka menasihatkan saya supaya kurangkan kuantiti makanannya.

“Pihak berkuasa juga minta saya sediakan tempat habitat yang sesuai dengan Dodi. Insya-ALLAH, saya akan bina habitat sesuai untuknya,” katanya.

Tambah Aliff, dia berharap dakwaan liar mengatakan dia mendera Dodi dihentikan serta-merta. Siapalah agaknya buat cerita Dodi didera ya? Sabar je lah ya Datuk. - CARI
19

Bagus
28

Marah
24

Terkejut
27

Sedih
30

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (149 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote albedah 17-6-2017 02:25 PM
Waaa jgn memain.. Bebetul dia report.  Eh. Ler apa tak bg je kt perhilitan tu suh jinakkan Dodi.
Quote aHoi83 17-6-2017 02:34 PM
Kejap nak jual, kejap nak bina tempat habitat . Tak paham aku
Quote Aduradura 17-6-2017 02:36 PM
So kucing heolls pun nak masuk bodgos jugekk? Adoilaaa
Quote mesmerize 17-6-2017 02:40 PM
kesian kucing baka elok tu beli mahal2 dikurung dalam toilet. walaupun tempat sementara katanya.
tu yang netizen pergi report.
dia dah lama beli tapi gagal jinakkan dodi. yelah mana nak jinak cara pegang pun salah, pastu terjerit2 bila dodi melenting sikit.. sepatutnya sediakan kawasan luas yg ada pokok untuk dia panjat2, pondok untuk berteduh, binaan2 untuk dia panjat ke.. lepaskan dia bebas dalam tu.. bila nak bagi makanan baru datang dekat kucing tu belai2 kepala sikit. lama2 kucing tu jinak la.
Quote beautifulliar 17-6-2017 02:46 PM
Meols seram tengok dodi..klo ada depan meols kompem berterabur gigi meols jerit lari tak cukup tanah
Quote Knowlee 17-6-2017 02:46 PM
kucing tu stress la dok dengar dia terjerit-jerit, ckp terpekik-pekik. kita dgn binatang peliharaan ni kena rileks tapi assertive. bagi good vibe kat kucing tu. mana-mana kucing pun kalo tuan dia perangai mcm tu, diorg sure cakar punya la.
Quote pearl.silver 17-6-2017 02:56 PM
Nape la dulu dia xbli kucing mhl yg lebih mudah handle
Quote Pixie902 17-6-2017 03:08 PM
Dia ni ada masa ke nak jinakkan dan bond dengan kucing savannah dia tu...ya la orang business yang sibuk memanjang...bela je la kucing parsi ke kucing yang manja...

Kucing Savannah ni rasanya tak sesuai dengan personaliti dia pun...
Quote emelia1509 17-6-2017 03:27 PM
meols yang stress tengok dodi tu...
Quote whadda 17-6-2017 03:29 PM
Slalu busy kot.. jumpe pon sekejap je.. Cemane nak jinak..
Quote Nham22 17-6-2017 03:31 PM
Byk duit.xnak bayar tax beli kucing..kekeke sian dod..mangsa keadaan..  dato ni acah2x ssyang je..padahal penakut... nak belai pon tercicit lari mcm ape ntah... kucing pom boleh agah2x die...
Quote MakcikBunga 17-6-2017 03:43 PM
Orang bela singa pun boleh jinak inikan kucing. Betullah tu..dengan dia cakap terjerit-jerit ..kucing tu pun confused sapa tuan siapa haiwan peliharaan
Quote siputsedut 17-6-2017 03:47 PM
aHoi83 replied at 17-6-2017 02:34 PM
Kejap nak jual, kejap nak bina tempat habitat . Tak paham aku

Haritu nak bg tau harga dodi je kot...tkde puluh2 k jgn berangan nk bela dodi okehh
Quote gigahertz 17-6-2017 03:49 PM
aHoi83 replied at 17-6-2017 06:34 AM
Kejap nak jual, kejap nak bina tempat habitat . Tak paham aku

ntah ntah sendiri report. perasna tak setiap bulan mesti ada isu ? beli kucing la. kena report la.
Quote sukacactus 17-6-2017 04:31 PM
Org lain bela kucing mahal, dia pun nak
Padahal nak jaga pun xpandai2
Rumah ongkaya ada piano, dia pun beli satu
Padahal main pun xreti
Quote Super-M 17-6-2017 04:34 PM
aku xsuka kucing,tp aku boleh rasa kesian kucing tu,dgn si alif ni rentap2 tali leher kat kucing tu lah,menjerit2 lah.tarik2 kucing tu.aku yg xsuka kucing pun aku xrasa tu cara bagus utk syang binatang.
Quote mice_cheese 17-6-2017 04:44 PM
Macam terdera perasaan je dodi tu
Quote manjalara_01 17-6-2017 04:48 PM
mesmerize replied at 17-6-2017 02:40 PM
kesian kucing baka elok tu beli mahal2 dikurung dalam toilet. walaupun tempat sementara katanya.
tu ...

yes...nak bela binatang exotic kena la buat research dulu kat google..check..mcm mana habitat sesuai utk natang ni.
kalau habitat kecik sgt bintang tu stress. actually benda mcm ni xyah google pun kite bleh fikir.
kurung diri sndiri dlm ruang yg kecik utk semggu. tgk stress x?  ape bezannye dgn binatang. x kan nak tunggu natang tu complain baru nak paham
Quote Themilo 17-6-2017 04:58 PM
dia ni mula bernafsu dengan kucing savannah, bila nampak DYMM Sulta Terengganu bela kan?

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.051283 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top