CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Selamatkan Telefon Bimbit, Tangan Tersangkut Dalam Tandas

17-6-2017 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3178| Komen: 7

Description: Hanya kerana ingin ‘menyelamatkan’ telefon bimbitnya yang jatuh ke dalam lubang tandas, seorang lelaki menahan kesakitan apabila tangannya tersangkut di dalam tandas berkenaan dan terpaksa diselamat ...
Hanya kerana ingin ‘menyelamatkan’ telefon bimbitnya yang jatuh ke dalam lubang tandas, seorang lelaki menahan kesakitan apabila tangannya tersangkut di dalam tandas berkenaan dan terpaksa diselamatkan anggota bomba.




Portal Mirror melaporkan sebelum kejadian, lelaki terbabit sedang menggunakan tandas duduk yang memiliki lubang kecil di sebuah hospital di bandar Erzurum, di timur laut Turki.



Kerana terdesak ingin menyelamatkan telefon bimbitnya, dia menahan nafas dan menyeluk ke dalam lubang tandas itu.


Malangnya, dia bukan sahaja gagal mendapatkan semula peranti berkenaan, malah tangannya tersangkut!



Lelaki yang tak diketahui namanya itu menjerit meminta tolong dan jeritannya didengari pesakit yang kemudiannya memaklumkan kepada kakitangan hospital.

Selepas dihubungi kakitangan hospital, bomba tiba untuk menyelamatkan lelaki itu dan terpaksa menggunakan peralatan khas untuk melebarkan lubang tandas.


Foto: Mirror

Selepas sejam usaha menyelamat, tangan lelaki itu berjaya dikeluarkan dan dia diserahkan kepada pihak hospital untuk diberi rawatan. - CARI
5

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KucingKedai 17-6-2017 03:28 PM
kesian.. ipong kah?
Quote M.Rose 17-6-2017 03:34 PM
Sah mahal ipong ni
Quote diss69 17-6-2017 06:41 PM
mesti trauma lps ni nk guna tndas duduk..
Quote chinta89 18-6-2017 02:28 PM
so, tepon dia mcm mne?
Quote koeyqi 18-6-2017 05:29 PM
sakit  betul
Quote NBM 18-6-2017 06:11 PM
hp dah murah skang bang oiii tak berbaloi
Quote Rahman+Mulhid 20-6-2017 06:08 AM
PENGHARAMAN MENYERUPAI SESUATU KAUM

Penganut Zoroastrian


“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya akan dimintai pertanggungjawabannya.” (QS: Al Isra’: 36).

“...dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan (0rang kafir) mereka setelah datang ilmu (petunjuk) kepadamu, sesungguhnya kamu kalau demikian termasuk golongan orang-orang dholim.” (QS: Al Baqarah: 145).

dari Ibnu Umar,: “Siapa saja yang menyerupai suatu kaum (gaya hidup dan adat istiadatnya), maka mereka termasuk golongan tersebut.” (HR. Abu Daud dan Imam Ahmad).

dari Abu Hurairah “Tidak akan terjadi kiamat sebelum umatku menerima (mengikuti) apa-apa yang dilakukan oleh bangsa-bangsa terdahulu (pada masa silam), selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta.” Di antara saha-bat ada yang bertanya: “(Ya Rasulullah) apakah yang dimaksud (di sini) seperti bangsa Persia dan Romawi?” Rasulullah saw menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)” (HR. Bukhori, ).

Siapa saja yang menyerupai suatu kaum, ia termasuk golongan mereka. (HR Abu Daud dan Ahmad).

Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golonganku. (HR at- Tirmidzi).

dari Abu Sa’id Al-Khudriy "Kalian akan benar-benar mengikuti jalan hidup orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga andai mereka memasuki lubang biawak, maka kalian pun mengikuti mereka". Kami (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah mereka adalah orang-orang Yahudi, dan Nashrani". Beliau menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka". (HR. Al-Bukhoriy).

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.049295 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top