Makanan yang datangnya dari Indonesia memang tidak dapat dinafikan lagi keenakannya. Biasanya kita di Malaysia hanya goreng ayam menggunakan tepung biasa, apa kata cuba pula resipi dari negara seberang ini yang memang luar biasa sedapnya.
Dipanggil sebagai Ayam Goreng Ungkep, pasti tak menyesal kalau cuba sendiri di rumah! Buat pengetahuan, ungkep membawa maksud 'tertutup' dan sesuai dengan namanya, resipi ayam ini memerlukan kita untuk menutup bahagian atas kuali semasa memasaknya. Jom tengok! Bahan-bahan: 1 ekor ayam (dipotong 8) Daun pisang untuk balut ayam
Minyak masak untuk menggoreng Bahan untuk perapan 5 ulas bawang putih Kunyit 1 sudu kecil ketumbar Halia 3 biji buah keras Garam Cara-cara 1. Kisar semua bahan perapan dan salutkannya pada ayam. 2. Balut ayam dengan menggunakan daun pisang. 3. Masukkan ayam yang sudah dibalut tadi ke dalam kuali dan letakkan penutup di atasnya. 4. Biarkan ayam masak dan tunggu sehingga jusnya keluar. 5. Keluarkan ayam yang sudah 'diungkep' tadi dan gorengkannya di dalam minyak panas sehingga kekuningan. 6. Siap dan sedia untuk dihidangkan! Sesuai sangat untuk dijadikan menu berbuka puasa nanti. Lembut, berjus dan penuh dengan rasa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cuba sendiri, baru tahu! -CARI Kredit resipi: Buku 60 Resep Masakan Favorit Anti Gagal
|
41
Bagus |
36
Marah |
30
Terkejut |
20
Sedih |
41
Lawak |
44
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
imransulaiman replied at 13-6-2017 05:44 PM
Goreng ikan tutup kuali pun sedap.. Isi ikan lembut juicy
swayne replied at 13-6-2017 06:51 PM
Ohh i baru tahu. I tutup kuali sebab takut meletup.
imransulaiman replied at 13-6-2017 08:16 PM
Hahahaha... Boleh juga.
Tapi kalau tutup kuali masa goreng ikan, guna minyak sikit saja, ikan ...
Hessa replied at 14-6-2017 11:21 AM
ini ayam goreng ungkep. tapi kalau ada yg suka nak yg ala2 rendang style atau style masak minang, yg ...
hatikudus replied at 15-6-2017 12:30 PM
Dah try masak ayam ungkep ni, kawan jawa bagi resepi. Sedap!
Boleh jadi menu raya hakak tahun ni ...
ADVERTISEMENT