CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan Rendang Biasa, Rendang Bebola Ayam Ini Memang 'Menyengat'!

14-6-2017 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11593| Komen: 29|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Anda masak apa untuk berbuka hari ini? Apa, lauk yang sama? Apa kata kita nikmati juadah berbuka lain sikit daripada sebelum-sebelum ini dengan Rendang Bebola Ayam!
Anda masak apa untuk berbuka hari ini? Apa, lauk yang sama? Apa kata kita nikmati juadah berbuka lain sikit daripada sebelum-sebelum ini dengan Rendang Bebola Ayam!


Foto: FB Resepi Sedap


Bahan Diperlukan:
1. Cili kering
2. Bebola ayam (boleh buat sendiri guna daging cincang kalau rajin)

Foto: Blog Rasa Lidah

3. Rempah daging

4. Bawang merah
5. Bawang putih
6. Halia
7. Serai
8. Lengkuas
9. Daun kunyit
10. Garam dan gula
11. Santan
12. Kerisik
13. Asam keping


Cara-caranya:
1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas
2. Panaskan minyak, kemudian masukkan rempah dan kacau selalu
3. Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga naik bau
4. Masukkan bebola ayam, santan, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali masukkan kerisik dan daun kunyit, masak sehingga kering (ikut citarasa nak basah atau kering)

Siap dihidang! Sedap ni makan panas-panas. Memang menambah-nambah nasi lah jawabnya waktu berbuka nanti. Selamat mencuba semua! - CARI


Kredit resipi: FB Resepi Sedap
10

Bagus
18

Marah
15

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 14-6-2017 05:22 PM
simple n mcm sedap..bole laa cuba..
Quote myakayina 14-6-2017 05:35 PM
aku dulu nugget tu aku buat sambal..main campak2 jer..sedap plk tu.. sambal nugget.. ni bebola rendang plk.. klu rajin boleh la try..tak pun aku pakai perencah rendang ready made je..masukkan chicken ball ni..siap..
Quote WhiskeyScotch 14-6-2017 06:02 PM
Sedapnyaa!!! Buatkan untuk I boleh?

cc: @beautifulliar

Quote beautifulliar 14-6-2017 06:45 PM
WhiskeyScotch replied at 14-6-2017 06:02 PM
Sedapnyaa!!! Buatkan untuk I boleh?

cc: @beautifulliar

Boleh abam.tp bila nk makan tu.mcm duk sblh2 umah je ye pesen duk ngorder ni.piat kang
Quote jue10 14-6-2017 07:19 PM
Sedap lahai
Quote Zasss777 14-6-2017 08:46 PM
Nampak simple dan sedapppp!!
Quote pearl.silver 14-6-2017 09:40 PM
I x biasa bola2 ni buat lauk mkn ngan nasi..rasa tak ketahuan je..hanya bola ikan je biasa buat lauk..
Tapi nak try lah jugak..klu family tau buat rendang bola2 ni, mesti kena gelak je..baik buat rendang ayam terus katanya..
Quote MisXoXo 14-6-2017 11:18 PM
wahhh..sy tertarik dgn menu ni.tq share resepi..
Quote imransulaiman 15-6-2017 04:22 AM
myakayina replied at 14-6-2017 05:35 PM
aku dulu nugget tu aku buat sambal..main campak2 jer..sedap plk tu.. sambal nugget.. ni bebola renda ...

Good idea sangat guna ready-made pes rendang. Terima kasiiiiiiiiih  


Boleh kongsi resipi sambal nugget tak?  
Quote myakayina 15-6-2017 08:37 AM
imransulaiman replied at 15-6-2017 04:22 AM
Good idea sangat guna ready-made pes rendang. Terima kasiiiiiiiiih   

ni resepi sambal nugget.. mmg simple dan sedap.. mkn dgn nasi atau roti pun boleh..

Bahan-bahan :

15 ketul Nugget Ayam, kalau boleh yg takde salut apa2 tu, cari yg tempura. (ikut awak la nak masak berapa ketul)
Cili Kisar (Cili kering & bawang dikisar (bawang kecil + bawang putih) agak2 la brp banyak, klu nak sambal lebih, boleh lebihkan lah..
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak masak

Cara-Cara :

  • Goreng Nugget Ayam tersebut hingga kuning keemasan. Toskan. Kemudian potong 2 Nugget tersebut.
  • Tumis cili kisar tersebut hingga betul-betul garing. Masukkan garam dan gula sikit, ikutlah citarasa anda. Kemudian masukkan Nugget Ayam tadi. Sedia dihidangkan dengan nasi panas atau roti.

Quote ainashiqa 15-6-2017 09:34 AM
mcm menarik je..
Quote nur3lin 15-6-2017 10:44 AM
Macam sedap je. Boleh la cuba untuk anak2 nanti.
Quote WajibulGhunah 15-6-2017 12:56 PM
Boleh buat ni
Raya pun dah nk dekat nnti i kne tolong mak buat rendang
Alang2 tu buat suprise untk mak, ayam dia tu i buat bebola pastu msk rendang tanpa pengetahuan dia
Tngk la mak i nangis ke gembira ke
Quote debab76 15-6-2017 01:16 PM
sedapnye wehhh!! terliur air liur hakak di tghari buta ini
Quote imransulaiman 15-6-2017 02:11 PM
myakayina replied at 15-6-2017 08:37 AM
ni resepi sambal nugget.. mmg simple dan sedap.. mkn dgn nasi atau roti pun boleh..

Bahan-bahan ...

Eh, dah masak ke? Nak sikit  

Terima kasih ye kongsi resipi  
Quote myakayina 15-6-2017 02:50 PM
imransulaiman replied at 15-6-2017 02:11 PM
Eh, dah masak ke? Nak sikit   

Terima kasih ye kongsi resipi

sama2..senang jela resepi ni, tak sampai setengah jam dah siap..
Quote imransulaiman 15-6-2017 03:19 PM
myakayina replied at 15-6-2017 02:50 PM
sama2..senang jela resepi ni, tak sampai setengah jam dah siap..

Tu lah...macam senang..hehe.

Rasanya boleh tak nugget tu diganti dengan ikan atau ayam atau daging atau udang atau sotong?



*nampak ketara ke soalan tu macam kebulur puasa? Hahahaha  
Quote myakayina 15-6-2017 03:33 PM
imransulaiman replied at 15-6-2017 03:19 PM
Tu lah...macam senang..hehe.

Rasanya boleh tak nugget tu diganti dengan ikan atau ayam atau da ...

helloo..ni resepi sambal nugget ok, klu dah ditukar ke bahan lain jadi sambal lain lah.. tau lah puasa..tekak tu semua nak mkn..
Quote imransulaiman 15-6-2017 05:23 PM
myakayina replied at 15-6-2017 03:33 PM
helloo..ni resepi sambal nugget ok, klu dah ditukar ke bahan lain jadi sambal lain lah.. tau lah p ...

Hahahaha....! Gurau je. Jangan marah aah...selamat hari raya  

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.079349 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top