CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penguatkuasa DBKL Disembur Lada & Diserang Penjaja Tanpa Permit

8-6-2017 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8025| Komen: 77


Loading FB Post...


Anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa menanggung derita selepas diserang penjaja minuman tanpa permit menggunakan penyembur lada.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika insiden kekecohan di salah sebuah bazar Ramadan seliaan DBKL.

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian jam 12 tengah malam tadi di Jalan Masjid India, penguatkuasa DBKL itu mahu menyita barangan penjaja.

Selain itu, pada 1.40 pagi, tiga lelaki dipukul sekumpulan penjaja minuman dan seorang mangsa 22 tahun cedera di kepala.


Susulan itu, polis menahan 40 penjaja minuman tanpa lesen untuk membantu siasatan kes menyerang penguatkuasa DBKL dan juga pergaduhan.

“Seorang lelaki berusia 20-an turut ditahan bagi membantu siasatan kes serangan terhadap anggota penguatkuasa DBKL,” kata ketua polis Dang Wangi.

ACP Mohd Sukri Kaman juga berkata polis menahan enam orang berumur antara 20 hingga 30 tahun yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu.- CARI



18

Bagus
19

Marah
20

Terkejut
17

Sedih
19

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pink_Purple 8-6-2017 09:50 AM
makin ganas               
Quote aechae 8-6-2017 09:55 AM
Dh la beniaga xda permit pastu nk buat lg... puasa ke x ni? Cmna lah nk tunjuk contoh muslim yg baik
Quote qistiena 8-6-2017 10:00 AM
susah sgt ke nak dpt permit...
Quote sabbath_shalom 8-6-2017 10:07 AM
aechae replied at 8-6-2017 09:55 AM
Dh la beniaga xda permit pastu nk buat lg... puasa ke x ni? Cmna lah nk tunjuk contoh muslim yg baik ...

Orang tak puasa pon boleh buka puasa sis.

Khenn sis @dodolgemok  
Quote akusukaq 8-6-2017 10:12 AM
tangkap sumbat kat lock up je. kasi ajar sbb kurang ajar.
Quote mzzenma 8-6-2017 10:15 AM
iskk ni mesti spesies berniaga time bulan puasa je

Quote Prickford 8-6-2017 10:20 AM
Edited by Prickford at 8-6-2017 10:21 AM

"dalam kejadian jam 12 tengah malam" /  "Selain itu, pada 1.40 pagi"

Agak2 la DBKL pon. Siang nak sita, malam nak sita. Bulan puasa ni biasa la orang niaga sana sini. Kalo dah melarat ke waktu malam-tengahmalam-pagi, lantak pi la. DBKL ni jangan la batak sangat nak menyita pon.
Quote cintalara 8-6-2017 10:45 AM
Kang tak sita, penjaja makin bersepah, buat semak dkatakan mkn gaji buta la, rasuah la. Kena maki lagi dgn penjaja yg ada permit. Bila buat kerja dikecam juga tak berhati perut la, tak sokong melayu la.

Org malaysia ni nak mcm mana sebenarnya?
Quote palmolive 8-6-2017 10:56 AM
cintalara replied at 8-6-2017 10:45 AM
Kang tak sita, penjaja makin bersepah, buat semak dkatakan mkn gaji buta la, rasuah la. Kena maki la ...

nak yg ikut selera deme
Quote leylapple 8-6-2017 11:10 AM
perlu permit kalau nak jual bukan sebab nak duit ajer.

1. kalau si penjual menjual makanan, ada aduan pasal keracunan makanan, makanya permit jualan akan batal dan penjual akan didenda/didakwa..

2. to curb counterfeit item..

3. sewa permit tu pun akan digunakan utk membersihkan tapak... selalunya lepas niaga, penjual blah gitu jer..sampah2 byk..korang jugak yang bising..

unless korang nie pengotor dan live with jungle law, tak kisah makanan basi/keracunan dan jual barang counterfeit, surrounding kotor dgn sampah lepas niaga...blh la tak nak apply permit

Quote singajantan 8-6-2017 11:28 AM
mesti yg kena peniaga melayu

tp kalau indon lepas...cuba pergi laa chowkit tu ..merata indon yang berniaga ...mcm mana dapat permit or kalau guna lesen orang takkan dbkl buta mata tak nampak biar jer....
Quote esbatu 8-6-2017 11:59 AM
kesian lahai..siang hari puasa, mlm hari kene sembur lada


eh da macam berpantun lak iols
Quote mdhelmi 8-6-2017 12:15 PM
dbkl xkn usik kalo xde org buat repot
Quote jofizo 8-6-2017 12:32 PM
blh je atas alasan utk menjaga kebersihan di sekitar jalan tar, dbkl ambik tindakan drastik haramkan terus aktiviti penjajaan kat area tu.... tp kt m'sia nih payah nk buat, politik kuat...
Quote catalina 8-6-2017 12:39 PM
Yg meniaga tu local ker pendatang??

Klu pendatang cash laa kena sita
Quote prettyuglybabe 8-6-2017 01:03 PM
singajantan replied at 8-6-2017 11:28 AM
mesti yg kena peniaga melayu

tp kalau indon lepas...cuba pergi laa chowkit tu ..merata indon yang ...

ada je chow kit yang kena..
lagi pun kalau dah involve pendatang, DBKL mana ada kuasa sangat..
takat boleh rampas barang jualan la..
nak tangkap pendatang tu kena panggil imigresen..
Quote syitaeyqa 8-6-2017 01:26 PM
leylapple replied at 8-6-2017 11:10 AM
perlu permit kalau nak jual bukan sebab nak duit ajer.

1. kalau si penjual menjual makanan, ada a ...

good point. I pernah tegur pasal peniaga haram yg cop parking letak kerusi * baldi batu kat area kaki lima jalan kaki sbb taknak ada kereta parking dpn kedai haram dia. Pastu kwn sekolah I yg peniaga pulak sound kata diorang terpaksa buat gitu sbb susah dapat permit.

I tak kisah pun kalau meniaga elok2. Tp yg amek hak awam (amek parking sampai 4-5 parking), lepastu kedai kotor 7 tikus merata. Banyak sgt salahnya kat situ
Quote leylapple 8-6-2017 02:17 PM
singajantan replied at 8-6-2017 11:28 AM
mesti yg kena peniaga melayu

tp kalau indon lepas...cuba pergi laa chowkit tu ..merata indon yang ...

pegi report...

kalau pemegang permit tak sama dgn penjual, permit akan dibatal serta merta..



Quote leylapple 8-6-2017 02:19 PM
syitaeyqa replied at 8-6-2017 01:26 PM
good point. I pernah tegur pasal peniaga haram yg cop parking letak kerusi * baldi batu kat area k ...

kan?

nak mintak permit tak susah pun, cuma kena buat beberapa step la...

tapi nampak sangat jenis orang tak bertanggungjawab..dahla takder permit, buat parking space sebagai tmpt niaga padehal org parking lagi ada hak kat situ... buang sampah merata (aku tak pernah jumpa peniaga pasar mlm ker, bazaar ker yg kutip sampah sendiri)

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.164936 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top