Mula dikenali menerusi lagu nafas baru, Skinny Love yang pernah dipopularkan oleh Bon Iver’s, penyanyi dan juga pemain piano, Birdy kini tampil dengan single barunya berjudul Wings. Biarpun sekadar mencipta populariti melalui karya orang lain, Birdy berjaya menawan pencinta muzik dunia sehingga lagu tersebut menduduki carta teratas di Australia, Belgium dan The Netherlands. Single baru itu juga bakal dimuatkan dalam album penuh, Fire Within yang dijangkakan akan dilancarkan pada 23 September ini. “Wings” kini secara rasminya telah dilancarkan di YouTube dan boleh ditonton oleh peminat Birdy di seluruh dunia.
![]() Birdy |
ADVERTISEMENT