Malam tadi sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki terbabas dan merempuh sebuah restoran nasi kandar di Jalan Lebuh Pantai, George Town menyebabkan beberapa pelanggan yang sedang menjamu selera berdepan detik cemas. Memetik laporan Astro Awani, ketika kejadian, kenderaan jenis Perodua Alza tersebut dikatakan cuba mengelak seorang pejalan kaki sebelum terbabas dan melanggar sebuah motosikal. Bagaimanapun kejadian kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan kenderaan yang dipandu lelaki berusia 26 tahun itu hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam restoran nasi kandar berkenaan. Difahamkan, ketika kejadian, terdapat beberapa pelanggan sedang menjamu selera, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba Lebuh Pantai,Muhammad Rizal Abu Bakar berkata, bomba yang tiba di lokasi sejurus kejadian mendapati restoran berada dalam keadaan berselerak manakala kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan. Polis yang menjalankan siasatan kemudiannya menahan pemandu tersebut untuk siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- CARI |
11
Bagus |
9
Marah |
18
Terkejut |
9
Sedih |
20
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 6-6-2017 02:42 PM
kalau driver pompuan mesti dapat sambutan hangat thread ni
aHoi83 replied at 6-6-2017 07:02 AM
Bawak laju kannnn . Maklomla keter perodua mmg pakai engine ferari.
prettyuglybabe replied at 6-6-2017 02:42 PM
kalau driver pompuan mesti dapat sambutan hangat thread ni
aHoi83 replied at 6-6-2017 03:02 PM
Bawak laju kannnn . Maklomla keter perodua mmg pakai engine ferari.
cendolsantan replied at 6-6-2017 08:05 AM
tulah, bahaya kalau makan di warung atau restoran yang tersusun meja dan kerusi di tepi jalan, meman ...
neez_cookies replied at 7-6-2017 02:36 AM
Ada video cctv kan..dia yang bawak laju.
ADVERTISEMENT