Malam tadi sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki terbabas dan merempuh sebuah restoran nasi kandar di Jalan Lebuh Pantai, George Town menyebabkan beberapa pelanggan yang sedang menjamu selera berdepan detik cemas.
Memetik laporan Astro Awani, ketika kejadian, kenderaan jenis Perodua Alza tersebut dikatakan cuba mengelak seorang pejalan kaki sebelum terbabas dan melanggar sebuah motosikal.
Bagaimanapun kejadian kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan kenderaan yang dipandu lelaki berusia 26 tahun itu hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam restoran nasi kandar berkenaan.
Difahamkan, ketika kejadian, terdapat beberapa pelanggan sedang menjamu selera, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba Lebuh Pantai,Muhammad Rizal Abu Bakar berkata, bomba yang tiba di lokasi sejurus kejadian mendapati restoran berada dalam keadaan berselerak manakala kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.
Polis yang menjalankan siasatan kemudiannya menahan pemandu tersebut untuk siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- CARI
puki kalau drive myvi pun macam kimak iya,
jenis follow dekat2, potong nya tak mahu, dok follow kita dekat buat apa, kalau ada emergency kat depan sah2 la puki itu kaki lembat nak tekan brake kan??