CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Buli Perkara Biasa, Ramai Kena Liwat, Oral Seks Tidak Didedahkan- Bekas Pensyarah UPNM

5-6-2017 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 47977| Komen: 220


sumber: www.etawau.com


“Ini sudah menjadi budaya tentera, budaya buli dan raging yang dibawa oleh British diwarisis sehingga hari ini dalam tentera kita."

“Budaya ini kononnya untuk mengajar setiap anggota tentera itu menjadi seorang yang menurut perintah dan taat kepada ketua mereka atau orang yang lebih lama dalam perkhidmatan.”

Demikian pendedahan sumber yang memetik daripada laporan Malaysia Gazette berhubung kes penderaan di kalangan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

Menurut sumber yang juga bekas pensyarah universiti tersebut berkata, kes buli atau raging sememangnya sudah menjadi budaya tentera yang diwarisi semasa zaman era British dan ia kemudiaan diteruskan sehinggalah hari ini.


Tegasnya, apa yang berlaku itu bukan suatu yang luar biasa cuma ia tidak didedahkan, cuma berbeza kali ini ia melibatkan kematian dalam keadaan yang kejam.

Dalam kes penderaan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, ia merupakan kesan daripada budaya tentera yang masih diwarisi dan ia kini diterapkan pula dalam universiti yang melatih bakal-bakal tentera ini, kata sumber.

“Aduan-aduan pelajar kena liwat, oral seks dan banyak lagi itu sudah menjadi perkara biasa."

“Cumanya perkara ini disembunyikan dan tidak didedahkan,” katanya.

Tambahnya lagi, kebanyakan kes ini tidak dilapor dan didedah kerana pelajar sudah diasuh supaya taat kepada perintah dan tidak menceritakan apa yang berlaku walaupun kepada ibu bapa mereka sendiri.

Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang, 10 malam kelmarin dengan kesan lebam dan melecur pada badan.

Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis mereman 36 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.- CARI

sumber: internet


65

Bagus
70

Marah
31

Terkejut
32

Sedih
22

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (253 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 5-6-2017 11:29 AM
Igtkan UPNM xde liwat.ye la yg masuk smua ala2 keras abam2 straight smua
Quote albedah 5-6-2017 11:32 AM
Tak didedahkan tp ada dilapurkan diperingkqt pentadbiran kan?
Quote teen_angelJB 5-6-2017 11:35 AM
Rragging is ok to me..
Tapi ni ko tekap bdn pkai iron bukan ragging tu membunuh...
Quote OmJualGas 5-6-2017 11:36 AM
Edited by OmJualGas at 5-6-2017 11:39 AM

Hujung-hujung salah British la pula....
Quote noryla 5-6-2017 11:39 AM
agak2 ler nk ragging ke ape ke.. tah pape prangai..
memandai jek nk jatuh hukum.. siap percaya bomoh bagai..
gile btol..
Quote honeybee1802 5-6-2017 11:40 AM
So pentadbiran buat apa??
Quote kasibiman 5-6-2017 11:42 AM
OmJualGas replied at 5-6-2017 11:36 AM
Hujung-hujung salah British la pula....

ntahnya,

setau aku sojar british atau GI tutoh je pompuan. Takde org halang.


Mulayu sunni ni yg kesahnya gi tutoh kunyit jantan lain.

Quote palmolive 5-6-2017 11:45 AM
naper..kalo seterika badan leh jadi taat perintah ker..
baru aku tau...

org dulu leh bwk kapal lalu kut darat sebab seterika badan ker...
apa punya pemikiran daaa
Quote manehnya 5-6-2017 11:45 AM
kalau dh menjadi perkara biasa di U ni, baiklah jgn jd U

bubarkan ajer!!
Quote Nurul8001 5-6-2017 11:46 AM
Org2 yg bg statement ni, faham tak duduk perkara..

Tekap dgn iron, lepas tu biar je mangsa menunggu maut,bukan ragging lagi..ni,dah membunuh tau tak..!

Pulak tu, yg buat tu,skuad sendiri..bukan senior atau pihak atasan
Quote amyza 5-6-2017 11:49 AM
Ada aduan tapi takde tindakan?? :
Abg2 askar ni kan laki straight, peliwat gak ke??
Quote surwanis 5-6-2017 11:50 AM
cuba ko sterika anak ko...
apebnde alasan lah
Quote mummy75 5-6-2017 11:51 AM
so sampai bila kes ragging sampai mati ni nak dijadikan amalan dlm sistem pendidikan mesia?perlu ke sampai ragging sampai mencederakan or mati?siapa diorg yg nak buat manusia lain mcm tu??ai kenot brain dis type of people..byk cara boleh digunapakai utk tanamkan sifat hormat pd pegawai atasan..bkn dgn ragging
Quote Nurul8001 5-6-2017 11:52 AM
Baik pensyarah atau pihak pentadbiran upnm ni, tak payahla nak bg statement, budayalah, perkara biasalah..

Apa yg saya, orang awam ni nak tau, mcm mana seorang pegawai kadet boleh disimpan berhari-hari oleh pendera dia sampai mati..

Takde sape2 yg suspicious ke, dia tak muncul berhari hari..upnm kan ada memperuntukkan sekian banyak aktiviti utk dijalani oleh pegawai kadet..
Quote iman_kasih 5-6-2017 11:54 AM
Kwn hsbnd pensyarah di upnm kata mmg dh byk kes dh sebelum ni sampai ada yg masuk icu..tp x tau la kes2 sblm ni tu diambil tindakan ke x
Quote skinsandstars 5-6-2017 11:56 AM
apa ke syaitan lah kalau betul banyak cases yang ditutup oleh pihak atasan. liwat, oral sex, pukul2 are not ok! ragging pun is so 30 years ago. corporal punishment is supposed to be dead lah. nak ikut lagi sistem bodoh yang lapuk tu dah kenapa.
Quote mummy75 5-6-2017 11:56 AM
palmolive replied at 5-6-2017 11:45 AM
naper..kalo seterika badan leh jadi taat perintah ker..
baru aku tau...

iol pun baru tau kekdahnya seterika bdn boleh jd taat perintah...ni klu anak2 degil haruslah kena seterika sebab x taat perintah makpak..bodoh punya alasan
Quote mummy75 5-6-2017 11:58 AM
iman_kasih replied at 5-6-2017 11:54 AM
Kwn hsbnd pensyarah di upnm kata mmg dh byk kes dh sebelum ni sampai ada yg masuk icu..tp x tau la k ...

mohon la makpak yg anak jd kes camni buat terus aduan..kita hantar anak masuk U/sekolah utk dpt pendidikan supaya jadi manusia berguna insya allah..ni lunyai sampai mati dikejekan dek org...kan dah rugi sorg lagi melayu islam bakal jadi engineer..esok2 klu bangsa asing jd pandai..jadi org atasan..org melayu gak yg sentap x sudah2 dgn ketuanan melayu
Quote OmJualGas 5-6-2017 11:59 AM
Ini semua salah British.   Redha saja laaa

Lihat semua komen(220)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.166751 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top