CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Harap Awak Faham" Ezlynn Enggan Komen Status Rumah Tangga

29-5-2017 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24540| Komen: 145|Original author: Oleh: Maly Rosli

Biasalah tu setiap pasangan ada pasang surutnya dalam melayari bahtera berumah tangga.

Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi Ezlynn, yang dipercayai rumah tangga didirikan bersama suami Adam Fahmi Shamsuddin sedang goyah.



Foto: IG Ezlynn

Ezlynn bagaimanapun memilih untuk berdiam diri kerana enggan berasa tertekan.

Memetik mStar Online, Ezlynn, 35, enggan terbeban dengan memikirkan perkara yang boleh mengganggu emosinya, sebaliknya dia mahu mengutamakan kesihatannya.

Ezlynn kini sedang dirawat di  sebuah pusat perubatan swasta akibat demam viral.


"Saya tidak mahu komen tentang itu, memandangkan dia (suami), akan buat saya lebih tertekan. 

"Saya mahu fokus kepada kesihatan saya dahulu. Apa-apa boleh hubungi pengurus saya untuk yang lain. 

"Saya harap awak dapat memahami keadaan saya," ujarnya kepada mStar Online. 

Menurut mStar Online, pasangan itu diijabkabulkan pada 21 November 2011 namun masih belum dikurniakan cahaya mata.


Foto: mStar Online

Menerusi entri di akaun Instagram miliknya pada malam Khamis lalu, Ezlynn memaklumkan kesihatannya kini terganggu kerana tertekan dan terkejut.

"Kalah juga akhirnya. Tak sangka badan dan fikiran saya terperanjat kerana sangat tertekan dengan apa yang berlaku malam semalam. Terima kasih atas doa semua dan kekuatan yang diberikan. Insya-Allah semuanya akan ok," tulisnya.


Foto: IG Ezlynn

Semoga Ezlynn diberi kekuatan untuk menghadapi semuanya dan dapat menyelesaikannya dengan baik. - CARI

10

Bagus
20

Marah
8

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuzaime 26-5-2017 05:15 PM
Demam viral???
Quote Orix 26-5-2017 05:21 PM
Demam viral ? Kena viral pstu demam ke acane
Quote Lorra2411 26-5-2017 05:25 PM
ada erk penyakit baru, demam viral
Quote mixed 26-5-2017 05:26 PM
Orix replied at 26-5-2017 05:21 PM
Demam viral ? Kena viral pstu demam ke acane

demam virus ke acaner

cam betul je laki sheol yg di speku di tangkap kering
"Saya tidak mahu komen tentang itu, memandangkan dia (suami), ia akan buat saya lebih tertekan.



Quote mixed 26-5-2017 05:28 PM
Edited by mixed at 26-5-2017 05:29 PM

Ezlynn Terkena Demam Viral
Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 12:49 PM


[size=0.75em]Semoga Ezlynn cepat sembuh.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Penyanyi Ezlynn dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court dekat sini pada pagi Khamis selepas mengalami demam panas dan sesak nafas.
Ezlynn berkata, doktor mengesahkan bahawa dia terkena jangkitan demam viral yang turut membawa kepada penyakit lain seperti asma dan masalah pada buah pinggang.
"Semalam saya minta ahli keluarga datang ke rumah dan bawa saya ke hospital kerana demam panas dua hari, saya juga tidak boleh bangun dan sesak nafas.

"Selain itu, mata saya juga bengkak dan berair kerana alahan dan masalah buah pinggang. Alhamdulillah hari ini (Jumaat) keadaan saya agak baik dari semalam," ujarnya kepada mStar Online.




[size=0.75em]Ezlynn


Penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini berkata, dia masih lagi dalam pemerhatian doktor.

Dalam pada itu, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, tidak menolak demam viral itu dijangkiti selepas pulang bercuti di Lombok, Indonesia, baru-baru ini.

"Mata saya masih bengkak, doktor masih cari ubat sesuai kerana ubat yang diberi semalam tidak sesuai dengan badan saya.

"Setakat ini doktor belum beritahu bila boleh balik, saya harap dapat pulih cepat dan menjalani ibadah puasa seperti biasa," ujarnya.

Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... 6qJR1Vgeb1AMusvu.99

Quote scarletz 26-5-2017 05:29 PM
Edited by scarletz at 26-5-2017 05:32 PM

Memang ada demam viral,iols ingat demam sebab kena viral yach

"Viral fever refers to a wide range of viral infections, usually characterized by an increase in normal body temperature. It is quite common in children and old people due to lowered immunity. People suffering from these infections also experience body aches, skin rashes and headache. However, medications are available to treat viral fever, in some cases home remedies also help you out in dealing with the condition."
Quote cmf_shya 26-5-2017 05:34 PM
scarletz replied at 26-5-2017 05:29 PM
Memang ada demam viral,iols ingat demam sebab kena viral yach

"Viral fever refers to a wide ra ...

Bru iols nak paste pasal viral fever..slalunya kanak2 je demam nie..xpe la ezlynn..rehat byk2..get well soon na..
Quote naina 26-5-2017 05:35 PM
Kasihan..dia ni brbkat. Tp over naw2
Quote bobok_berhabok 26-5-2017 05:43 PM
so adakah suami dia yang dikatakan tu??
Quote kiambang 26-5-2017 05:43 PM
scarletz replied at 26-5-2017 05:29 PM
Memang ada demam viral,iols ingat demam sebab kena viral yach

"Viral fever refers to a wide ra ...

Baru tau ada demam jenis ni .
Quote MyNameIsIris 26-5-2017 05:48 PM
viral fever la uols... anak iols pernah kena dulu
Quote cha-cha 26-5-2017 06:02 PM
Kesian. Dah jatuh ditimpa tangga.
Quote Carlalisk 26-5-2017 06:04 PM
Padan la lakinya dok holiday kesana kemari
Quote minguk 26-5-2017 06:10 PM
semoga cepat sembuh ye ezlynn
Quote misswa 26-5-2017 06:18 PM
Haah
Demam ni
Anak kawan pernah kena
Quote lumie 26-5-2017 06:37 PM
Hmm.. Takziah
Quote caprut 26-5-2017 06:50 PM
scarletz replied at 26-5-2017 05:29 PM
Memang ada demam viral,iols ingat demam sebab kena viral yach

"Viral fever refers to a wide ra ...

mmg ade. klo gomen kasi ubat panadol je pastu sruh rehat. tp klo swasta demam viral pon sruh admit
Quote caprut 26-5-2017 06:52 PM
kiambang replied at 26-5-2017 05:43 PM
Baru tau ada demam jenis ni .

satu lg cold fever. demam tu sign and simptom je. gov ksi ubat je tpayah nk admit pon
Quote boobam 26-5-2017 06:55 PM
moga cepat sembuh n tabah

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.055703 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top